Connect with us

Oh! Media

(Video) “Hero Sebenar” – Tiba-Tiba Jatuh Dalam Air, Bapa Terus Terjun Tasik Selamatkan Anak

Oh! Tidak

(Video) “Hero Sebenar” – Tiba-Tiba Jatuh Dalam Air, Bapa Terus Terjun Tasik Selamatkan Anak

Orang tua-tua selalu berpesan untuk tidak terlalu bersuka ria dan sentiasa berhati-hati ketika berada di mana sahaja.

ADVERTISEMENT

BACA: Digelar ‘Hero’, Lelaki Ini Dapat Pujian Netizen, Berjaya Selamatkan Budak Perempuan Yang Hampir Jatuh Balkoni

Itulah yang terjadi kepada seorang kanak-kanak apabila satu perkara yang tidak diingini berlaku ketika dia keluar bersiar-siar bersama ahli keluarganya.

@putriellyn Membalas kepada @missher ♬ bunyi asal – WanPutriShazleen👄

Menerusi video dimuatnaik WanPutriShazleen itu, dapat dilihat berlakunya detik cemas apabila salah seorang anaknya secara tiba-tiba jatuh ke dalam tasik.

@malaysianupdatenews Kasih sorang bapa yang tanpa berfikir panjang terus terjun Selamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam tasik. Kejadian di Central Park Batu Kawan. Lokasi orang ramai beriadah area Ikea. #malaysianupdate #videoviral #trending #beritaditiktok ♬ Laughing – Gianluca Marino

Dalam pada itu, menerusi satu video yang dimuatnaik semula Malaysian Update News, dapat dilihat seorang lelaki yang dipercayai ayah kepada kanak-kanak tersebut pantas terjun ke dalam tasik untuk menyelamatkan anaknya yang terjatuh itu.

Ayah hero anak-anak

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan pantas lelaki tersebut yang menyelamatkan kanak-kanak tersebut tanpa berfikir panjang.

Mohon pihak berkuasa tambah baik keselamatan

Dalam pada itu, ada juga netizen yang meminta pihak bertanggungjawab untuk meningkatkan keselamatan di kawasan sekitar tasik supaya perkara seperti itu tidak berulang kembali.

Kredit: TikTok WanPutriShazleen | Malaysian Update News

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas