Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Guna Helikopter Ambil Pesanan Nasi Ganja, Polis Jalankan Siasatan

Trending

(VIDEO) Guna Helikopter Ambil Pesanan Nasi Ganja, Polis Jalankan Siasatan

Sebelum ini, masyarakat dikejutkan dengan kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di Padang Ipoh dan difahamkan untuk mengambil pesanan nasi ganja. Sebanyak 36 bungkus nasi yang ditempah oleh pelanggan dari Kuala Lumpur itu di sebuah kedai menjual nasi kandar terkemuka di bandar raya ini.

ADVERTISEMENT

Kehadiran sebuah helikopter yang dinaiki dua lelaki dipercayai milik syarikat swasta itu mengejutkan orang ramai sebaik mendarat di padang terbabit sekitar 9.55 pagi.

Sumber: Facebook Utusan Harian

Namun, kejadian itu bagaimanapun dalam siasatan pihak polis oleh sebab dakwaan merentas negeri.

Menurut Utusan Harian, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid berkata, pihaknya akan merujuk kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia untuk tindakan selanjutnya dan menyiasat sama ada mereka memiliki surat kebenaran merentas negeri.

Kalau mereka tiada kebenaran rentas negeri, jadi akan buka siasatan dan panggil pihak terlibat.

Helikopter tersebut tidak mendapat kebenaran mendarat di Padang Ipoh. Kita sudah salurkan info ini kepada pihak CAAM Ipoh.

Bertanya kepada pihak penjual nasi ganja tersebut yang enggan namanya disiarkan, dia mengesahkan bahawa telah menerima 36 bungkus nasi berlauk ayam, daging, telur dari pelanggan di Kuala Lumpur.

Polis siasat helikopter mendarat di padang ipoh
Sumber: Astro Awani

Menurut Sinar Harian, pada awalnya dia meragui sama ada tempahan yang dibuat itu benar ataupun gurauan selepas diberitahu mereka akan mengambil pesanan menggunakan helikopter.

Saya ragu-ragu sebab sebelum ini tak pernah ada pelanggan yang ambil tempahan dengan menggunakan helikopter dan saya terkejut rupa-rupanya perkara itu adalah benar.

Tambahnya lagi, mereka menyifatkan pesanan tersebut sebagai pesanan yang mewah dan tetap mengenakan harga yang sama iaitu RM10 sebungkus.

Kredit: Utusan Harian I Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas