Connect with us

Oh! Media

(Video) Duit Punya Pasal, Bekas Banduan Bakar Rumah

Trending

(Video) Duit Punya Pasal, Bekas Banduan Bakar Rumah

Di media sosial, viral video memaparkan sebuah rumah dalam keadaan terbakar dipercayai akibat perbuatan keluarga sendiri.

ADVERTISEMENT

BACA: Warga Emas Bakar Rumah Sendiri Niat Untuk Takutkan Pencuri

Suspek yang merupakan bekas banduan baru seminggu keluar penjara atas kesalahan dadah. Suspek dipercayai ‘naik hantu’ apabila dia tidak diberikan wang lalu bertindak membakar rumah anak saudaranya.

Memetik laporan Kosmo!, kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang di Jalan Iskandar, Kampung Bukit Kapar, Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira jam 3.30 petang. Mangsa dilaporkan ketika itu berada di tempat kerja.

rumah terbakar

Siasatan awal mendapati, rumah tersebut adalah rumah kampung jenis berkembar. Mangsa tinggal bersama bersebelahan rumah suspek.

Sebelum kejadian, suspek dikatakan telah berjumpa dengan ibunya tidak jauh dari tempat kejadian bagi meminta wang tetapi gagal.

Suspek telah membuat ugutan kepada ibunya bahawa dia akan membakar rumah sekiranya ibunya tidak memberikan wang sebelum beredar.

Bertindak hasil maklumat orang awam, pihak berkuasa berjaya menahan suspek kira-kira jam 6 petang sekitar lokasi kejadian. Suspek direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Video penuh:

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas