Connect with us

Oh! Media

(Video) “Dorang Nak Glamour” – Tular Aksi Remaja Buat Jersi JDT Lap Kaki

Oh! Tidak

(Video) “Dorang Nak Glamour” – Tular Aksi Remaja Buat Jersi JDT Lap Kaki

Di Facebook, tular rakaman video memaparkan tindakan sekumpulan remaja menjadikan jersi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai alas kaki yang diletakkan di hadapan pintu masuk bilik.

ADVERTISEMENT

BACA: “Siapa Kecam Aku, Berdosa”, Netizen Tuntut Lelaki Janji Nak Bogel Dari KL Ke Johor Jika JDT Kalah

Dalam video berdurasi 19 saat itu, mereka dilihat membuat aksi melalui kawasan pintu sambil memijak pakaian tersebut. Lebih mencetuskan rasa kurang senang apabila mereka ketawa dengan aksi masing-masing.

Perkongsian yang dimuat naik semula oleh pengguna Facebook Prince Ren pada 1 Disember itu sehingga kini telah meraih lebih 5,000 shares dan 4,000 komen.

Rata-rata meluahkan rasa berang dengan perlakuan kurang sopan sekumpulan remaja seperti yang dipaparkan dalam video.

Netizen turut mempertikaikan adab remaja tersebut apabila sewenang-wenangnya memijak jersi pasukan lain.

jdt

Tindakan melampau remaja berkenaan dipercayai adalah reaksi kepada keputusan perlawanan akhir di antara pasukan Kuala Lumpur City (KL City) dengan Johor Darul Takzim (JDT) baru-baru ini.

Kredit: Facebook Prince Ren

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas