Connect with us

Oh! Media

(Video) Bukan Hanya Cuba Samun, Lelaki Tumbuk Muka Warga Emas Hingga Cedera

Trending

(Video) Bukan Hanya Cuba Samun, Lelaki Tumbuk Muka Warga Emas Hingga Cedera

Tak berperikemanusiaan sungguh! Viral di social media video dua lelaki yang cuba menyamun seorang warga emas. Lebih teruk, warga emas tersebut merupakan OKU yang perlu bergerak menggunakan kerusi roda.

ADVERTISEMENT

Dalam video tersebut, warga emas tu sedang berbual dengan rakannya sebelum dihampiri seorang lelaki. Tiba-tiba je suspek rentap beg silang yang dipakai mangsa. Tapi sebab warga emas tu cuba bertahan dan melawan, suspek tak berjaya dapatkan beg silang tersebut.

Kemudian, suspek terus tolak dan tumbuk muka mangsa berkali-kali sebelum melarikan diri bersama rakannya yang memang dah sedia tunggu dengan sebuah motosikal. Akibatnya, mangsa yang merupakan gelandangan tu telah cedera di bahagian muka.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong menyatakan bahawa salah satu suspek telah ditahan tidak jauh dari lokasi kejadian, kurang daripada satu jam selepas terima laporan. Manakala seorang lagi suspek masih diburu.

“Semakan mendapati lelaki berusia 32 tahun itu mempunyai sembilan rekod jenayah lampau termasuk lima kes dadah. Hasil saringan urin suspek didapati negatif dadah. Suspek bagaimanapun dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang kerana menghidap penyakit tibi serta pendarahan dalam perut.” – katanya.

Agak-agak lah kalau nak buat jahat pun. Orang tua yang kurang upaya pun kau nak bedal. Dah lah orang gelandangan, apa sangat lah yang kau dapat kalau dapat samun pun. Ohmedia harap pihak polis dapat tangkap seorang lagi suspek tu dan jatuhkan hukuman yang setimpal pada mereka berdua!

Kredit: Sinar Harian, Twitter Mohd Redzuan Abdul Manap

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas