Connect with us

Oh! Media

(Video) “Apa Kau Nak?” – Abang Polis Dihalau Ketika Meronda Taman Perumahan

Oh! Tidak

(Video) “Apa Kau Nak?” – Abang Polis Dihalau Ketika Meronda Taman Perumahan

Sebagai seorang anggota polis, sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk mengekalkan keamanan negara. Ini termasuklah menjaga keselamatan orang awam daripada ancaman bahaya.

ADVERTISEMENT

BACA: Dua Pemandu Potong Barisan, Polis Kejar Sampai Rumah Untuk Saman

Namun, nampaknya kerja anggota polis ini tidak disenangi sesetengah pihak. Ini berdasarkan video tular memaparkan seorang penduduk di sebuah taman perumahan memarahi dua anggota polis yang membuat rondaan di kawasan itu.

Dalam video berdurasi kurang seminit itu, dua anggota polis Unit Rondaan Bermotor (URB) dilihat memasuki kawasan taman perumahan membuat rondaan.

Secara tiba-tiba seorang penduduk keluar daripada rumah dan mengajukan beberapa pertanyaan dengan kasar.

Apa kau nak? Cakap. Cari orang lain ke cari aku? Pergi.

Rakaman tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) penduduk di kawasan itu. Setakat ini, tiada sebarang maklumat mengenai punca lelaki itu bertindak sedemikian.

Macam-macam hal orang sekarang ni, polis buat kerja pun kena marah.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas