
Oh! Tidak
(Video) 2 Dilaporkan Maut Selepas Struktur Kren Launcer Jatuh Hempap Kereta
Oleh
Sebentar tadi dilaporkan berlaku satu lagi kemalangan berpunca dari terjatuhnya struktur sebuah kren launcher sehingga menghempap kenderaan di jalan raya.
Kejadian itu dilaporkan oleh Bernama di Twitter dan ia berlaku di Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Kuala Lumpur pada jam 8.30 pagi tadi.

Seorang mangsa warganegara Malaysia iaitu pemandu kereta mengalami kecederaan parah kerana kereta terhempap besi kren launcher.
Sebuah kereta yang dipercayai dinaiki empat orang ditimpa kren itu.
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) March 22, 2021
Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan.
Video awam pic.twitter.com/2Du8ImvPR3
Manakala 3 orang mangsa lagi adalah merupakan pekerja projek pembinaan tersebut dipercayai 2 orang mangsa telah jatuh setinggi 120 kaki dan disahkan meninggal dunia.
Seorang lagi mangsa telah tersangkut di landasan pembinaan lebuhraya dan kerja-kerja penyelamatan mangsa sedang dijalankan oleh anggota bomba. – Tulis kenyataan pihak Bomba.
Dua pekerja maut apabila struktur Kren Launcher jatuh menghempap kereta berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Alam Damai, Kuala Lumpur. pic.twitter.com/MPyx1FDJFI
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) March 22, 2021
Kredit: BERNAMA
