Connect with us

Oh! Media

“Saya Kecewa”, The Doctor Juga Jadi Mangsa Jangkitan Wabak

COVID-19

“Saya Kecewa”, The Doctor Juga Jadi Mangsa Jangkitan Wabak

Belum lagi reda dengan berita Cristiano Ronaldo positif Covid-19, sekarang Valentino Rossi pula jadi mangsa baru wabak pandemik ni. Hal ni diakui sendiri oleh Rossi selepas meluahkan kekecewaannya melalui Instastory.

ADVERTISEMENT

“Ketika saya bangun pagi tadi, saya berasa tidak sihat. Tulang saya sakit dan saya sedikit demam, jadi saya terus menghubungi doktor yang telah melakukan dua ujian ke atas saya. Sama seperti ujian saya pada hari Selasa, keputusan quick PCR test saya adalah negatif. Tapi sayangnya, ujian kali kedua yang dihantar kepada saya mendapati ia positif.

Saya sangat kecewa kerana tidak dapat beraksi di Aragon. Saya cuba untuk yakin dan optimis, namun kemungkinan saya juga tidak beraksi pada pusingan kedua di Aragon. Saya sedih dan amat kecewa kerana telah sehabis baik untuk mematuhi segala protokol, bahkan saya telah menjalani proses kuarantin sendiri sejak tiba di LeMans walaupun ketika itu ujian menunjukkan saya negatif.

Namun, tiada apa yang boleh saya lakukan untuk mengubah keadaan. Saya akan mengikuti segala nasihat kesihatan dan berharap untuk kembali pulih sepenuhnya.” -katanya.

Disebabkan jangkitan tu, Rossi tak dapat beraksi dalam Grand Prix (GP) Aragon minggu ni. Mesti ramai peminat Rossi yang kecewa dengan berita ni kan? Lebih menyedihkan, Rossi dah pun sedaya upaya mengikuti segala protokol yang ditetapkan, namun masih gagal. 

Apapun, sama-sama kita doakan supaya Valentino Rossi dapat pulih dari jangkitan Covid-19 dan dapat beraksi seperti biasa dalam next race. Semoga ini menjadi peringatan buat kita semua supaya lebih berhati-hati untuk mengelak daripada turut menjadi mangsa jangkitan.

Kredit: Harian Metro

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas