Connect with us

Oh! Media

Vaksin AstraZeneca Dan CoronoVac Akan Diguna Sebagai Dos Penggalak

AstraZeneca

Trending

Vaksin AstraZeneca Dan CoronoVac Akan Diguna Sebagai Dos Penggalak

Penggunaan vaksin AstraZeneca dan CoronaVac sebagai dos penggalak telahpun dipersetujui bagi individu yang menerima vaksin ‘primary series’ dari jenis yang sama berusia 18 tahun keatas. 

ADVERTISEMENT

BACA : Penerima Vaksin Sinovac Bakal Dapat Pfizer Sebagai Dos Penggalak

Menurut laporan Harian Metro, ianya telah diputuskan dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) yang bersidang tadi dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

PBKD bersetuju memberikan kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin AstraZeneca dan CoronaVac sebagai dos penggalak kepada individu berusia 18 tahun dan ke atas yang menerima vaksin “primary series.

Bagi individu yang menerima vaksin AstraZeneca, dos penggalak bagi vaksin itu akan diberikan selepas enam bulan suntikan dos kedua manakala bagi induvidh yang menerima vaksin CoronaVac, dos penggalak bagi vaksin itu akan diberikan selepas tiga ke enam bukan daripada suntikan dos kedua.

Pemberian dos penggalak bagi kedua-dua produk vaksin ini kepada kumpulan sasar tertentu akan diperincikan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Penggalak (CITF-B) dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa penerima vaksin Sinovac yang berkelayakan akan menerima vaksin keluaran Pfizer sebagai dos penggalak.

Apapun, semoga usaha ini dapat mengurangkan bilangan kes di negara ini sekaligus menjadikan kehidupan kita seperti sebelum ini. Bebas!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas