Connect with us

Oh! Media

‘Ustaz’ Didakwa Sekali Kerana Mencabul, Sempat Bebas 10 Hari Selepas Keluar Penjara

Trending

‘Ustaz’ Didakwa Sekali Kerana Mencabul, Sempat Bebas 10 Hari Selepas Keluar Penjara

Lagi kes cabul kanak-kanak gais. Dengar kata hari ni pasal kes seorang ustaz pula.

ADVERTISEMENT

Katanya ustaz ni dulu pernah ditahan sebelum ni atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap pelajarnya pada tahun 2014 dan pada hari ini dia sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan yang sama, untuk kejadian kedua yang berlaku pada pertengahan bulan Mac 2019.

Nik Hazmi Ghani, 39, dijatuhi hukuman penjara selama 2 tahun dan telah pun dibebaskan pada 4 Disember 2020. Hanya sempat menikmati kebebasannya selama 10 hari, dia kini telah didakwa semula bagi kes cabul.

Dalam prosiding di hadapan Hakim Bazli Bahruddin hari ini, bagi tuduhan kali ini dia didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di sebuah bilik pondok tahfiz di Kubang Kerian, antara jam 2 hingga 3 pagi pada pertengahan Mac 2019.

Dia mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkenaan yang didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga hingga 15 tahun dan sebat.

Nik turut memohon penangguhan hukuman sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi dan Mohd Yusoff membenarkannya dengan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin.

Menurut sumber, Nik menjalani hukuman penjaranya pada tahun 2019 dan dia dipercayai sempat melakukan perbuatan terkutuk itu kepada mangsa keduanya sebelum dia menjalani hukuman penjara.

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas