Connect with us

Oh! Media

Ustaz Budak Didakwa Lagi, Kini Dengan 8 Pertuduhan Seksual Kanak-Kanak

Trending

Ustaz Budak Didakwa Lagi, Kini Dengan 8 Pertuduhan Seksual Kanak-Kanak

Pengurus madrasah yang dikenali sebagai Ustaz Budak didakwa di Mahkamah Sesyen, hari ini, atas lapan pertuduhan jenayah seksual terhadap dua kanak-kanak lelaki pada November 2017 hingga Oktober tahun lalu.

ADVERTISEMENT

Tertuduh, dikatakan mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keenam, tertuduh dengan maksud seksual meraba kanak-kanak lelaki yang mana dia mempunyai hubungan amanah dengan mangsa.

Kejadian berlaku di asrama madrasah dan sebuah bilik di rumah tanpa nombor di Kampung Awah, Paloh Rawa, Machang pada jam 11 malam sekitar November 2017 hingga September 2018. Ketika kejadian, mangsa berusia 15 tahun dan 16 tahun.

Bagi pertuduhan ketujuh dan kelapan, tertuduh dengan maksud seksual meraba kanak-kanak lelaki berusia 15 tahun yang mana dia mempunyai hubungan amanah dengan kanak-kanak itu.

Kedua-dua kejadian itu berlaku pada 29 Oktober 2020 jam 11 malam di sebuah bilik di rumah tanpa nombor di Kampung Awah, Paloh Rawa.

Seksyen 14 memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan, manakala Seksyen 16 adalah tambahan kepada penjara tidak melebihi lima tahun dan tidak kurang dua sebatan, memandangkan wujud hubungan amanah antara tertuduh dan mangsa.

Tertuduh dikatakan pernah memohon supaya ditawarkan jaminan memandangkan dia perlu menanggung enam adik beradik serta ibu yang orang kurang upaya (OKU). 

Mahkamah juga dilaporkan telah menawarkan jaminan sebanyak RM40,000 dengan tiga penjamin serta perlu melapor diri di balai polis setiap 1 hari bulan dan menetapkan 17 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes.

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas