Connect with us

Oh! Media

Unsur Khianat Dipercayai Punca Cermin Lapan Buah Kereta Pecah

Trending

Unsur Khianat Dipercayai Punca Cermin Lapan Buah Kereta Pecah

Perasaan tidak berpuas hati itu lumrah dalam diri seseorang individu. Namun, ada cara untuk mengatasi masalah sebegini seperti menyelesaikannya dengan cara baik dan bukannya bertindak di luar kawalan individu tersebut.

ADVERTISEMENT

Hal ini berhubung dengan satu video tular di laman Facebook dimana cermin depan dan belakang lapan buah kereta dipecahkan dalam satu kejadian di tempat letak parkir kenderaan Kota Damansara Driving Range, Petaling Jaya. Insiden itu disyaki berlaku perbuatan khianat daripada seseorang individu, lapor akhbar Berita Harian.

Berikut merupakan video yang tular menerusi akaun Facebook Wan Mahussin Wan Zain.

Hal itu menyebabkan beberapa buah kenderaan seperti  Perodua Myvi, BMW dan Honda Civic terlibat dalam kejadian.

Supritendan Ku Mashariman Ku Mahmood selaku Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya berkata, beberapa pemilik kenderaan terbabit sudah membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara berhubung kejadian.

Beliau berkata tiada barang milik peribadi yang hilang walaupun cermin kereta pemandu terlibat dipecahkan.

Siasatan mendapati kawasan berkenaan tidak dilengkapi kamera litar bertutup (cctv) dan tiada pengawal keselamatan di kawasan parkir berkenaan

Dimaklumkan juga tiada saksi yang melihat kejadian itu menyebabkan butiran suspek sukar diperoleh namun usaha mengesan suspek giat dijalankan.

Pihak polis percaya kesemua kereta yang terlibat dipecahkan menggunakan objek keras dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan kerosakan.

Kredit : Berita Harian

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas