Connect with us

Oh! Media

UMNO Akan Terus Sokong Muhyiddin Sebagai PM Dengan Syarat Bagi Jawatan…

Oh! Politik

UMNO Akan Terus Sokong Muhyiddin Sebagai PM Dengan Syarat Bagi Jawatan…

Beberapa minggu ini negara sekali lagi diuji dengan situasi politik negara yang tidak menentu. Bagaimanapun, selepas Agong membuat keputusan untuk menolak cadangan darurat dan meminta hentikan serangan politik, ini yang berlaku.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO akhirnya telah membuat keputusan untuk menolak cadangan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Jelas ramai berpendapat Anwar tidak akan boleh bekerjasama dengan UMNO tanpa DAP. UMNO pula sebelum ini sudah menjelaskan memang tidak akan bekerjasama dengan DAP. – Kata Zahid,

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Admad Zahid Hamidi turut menyatakan UMNO akan terus menyokong Perikatan Nasional dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dengan syarat tertentu.

KUALA LUMPUR 26 Oktobber 2020 – Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin hadir ke Mesyuarat Tergempar Barisan Nasional, di Menara Dato Onn, di sini hari ini.

Banyak yang kita pertimbangkan dan kita harap permintaan UMNO seperti jawatan penting dalam kerajaan, termasuk kuota jawatan Timbalan Perdana Menteri dipertimbangkan. – Kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Datuk Seri Shahidan Kassim turut menyatakan UMNO akan menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan demi kepentingan rakyat.

Senarai penuh syarat UMNO terhadap Perikatan Nasional tidak didedahkan dan apa yang penting, UMNO berhasrat untuk mendapatkan jawatan Timbalan Perdana Menteri yang pada waktu ini PN hanya melantik Menteri Kanan untuk membantu Perdana Menteri.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Politik

Trending

ITTIFY

To Top