Connect with us

Oh! Media

Ultraman Ribut Asal Malaysia Akhirnya Dipilih Jadi Watak Utama Siri Ultraman

Trending

Ultraman Ribut Asal Malaysia Akhirnya Dipilih Jadi Watak Utama Siri Ultraman

Selepas pertama kali tampil dalam siri animasi Upin dan Ipin, Ultraman Ribut hasil kerjasama bersama Tsuburaya Production terus berjaya menarik minat penggemar Ultraman seluruh dunia.

ADVERTISEMENT

Peranan Ultraman Ribut terus diangkat selepas memegang watak penting dan berasal dari Galaxy Rescue Force dan ditugaskan untuk menjaga keamanan Galaksi. Ini bermakna Ultraman Ribut antara Ultraman Elit yang akan datang memberi bantuan jika berlaku sebarang serangan raksasa. Hebat kan?

Siri terbaru bertajuk Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy Episod 1 telah dikeluarkan di YouTube Official Tsuburaya dan telah mendapat 800,000 tontonan selama 2 hari ini.

Siri kali ini menampilkan Ultraman Ribut sebagai salah satu watak utama bersama beberapa Ultraman lain termasuk Ultraman Max dan Zero dalam menangani musuh angkasa yang bernama Absolute Tartarus.

Populariti Ultraman Ribut semakin menaik dan mendapat sambutan selepas muncul sebagai watak sampingan dalam Ultra Galaxy Fight: New Generations Heroes tahun lalu.

Dalam siri kali ini, kita dapat melihat lebih banyak teknik seni mempertahankan diri Pencak Silat yang pastinya menjadi kebanggaan kita.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas