Connect with us

Oh! Media

Tun Mahathir Minta Maaf Langgar SOP Dan Sedia Diambil Tindakan Undang-Undang

Trending

Tun Mahathir Minta Maaf Langgar SOP Dan Sedia Diambil Tindakan Undang-Undang

Ketika menghadiri sebuah program di Langkawi pada 8 Mei lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah memohon maaf kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

ADVERTISEMENT

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata dalam kenyataan pada rabu lepas bahawa kesalahan itu dilakukan beliau ketika menghadiri program sumbangan raya kepada penduduk di Surau Tsunami Batu Arang, Kuala Teriang, Kuah.

“Saya dimaklumkan pada acara tersebut, saya telah melanggar SOP dengan tidak mengambil suhu badan apabila masuk ke surau tersebut.

“Ini merupakan satu kesalahan. Perkara ini tidak harus berlaku. Saya minta maaf kerana tidak patuh SOP.

“Saya akan terima tindakan mengikut undang-undang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menjelaskan bahawa wabak Covid-19 ini serius dan tiada sesiapa pun yang terkecuali termasuk sempadan kawasan.

“SOP harus dipatuhi tidak kira oleh sesiapa kerana ini dapat bantu bendung merebaknya penyakit ini.

“Kita tidak harus ambil ringan. Sekali lagi saya minta maaf kerana melanggar peraturan ini,” katanya.

Kredit : AstroAwani

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas