Connect with us

Oh! Media

Tumpang Solat Sebelum Ambil Tindakan, Jemaah Masjid Langgar SOP Dikompaun

Trending

Tumpang Solat Sebelum Ambil Tindakan, Jemaah Masjid Langgar SOP Dikompaun

Menyertai jemaah masjid solat berjemaah sebelum ambil tindakan, berikutan tindakan anggota polis daerah Taiping sebelum mengeluarkan kompuan kepada jemaah masjid yang telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) semalam kira-kira pukul 8 malam.

ADVERTISEMENT

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pihaknya mengeluarkan dua kompaun masing-masing berjumlah RM1,500 kepada dua jemaah di Masjid Tengku Menteri, Matang dan Masjid Ar Rahmaniah, Kampung Matang Gelugor berikutan tidak memakai pelitup muka ketika solat dan ketika didalam kawasan masjid.

Menurut laporan Harian Metro, operasi tersebut dijalankan oleh Pejabat Agama Daerah Taiping dan disertai sepasukan anggota polis di Masjid Tengku Menteri.

Hasil pemeriksaan, seorang daripada 27 jemaah yang sedang menunaikan solat Magrib tidak memakai pelitup muka dan hasil temubual mendapati lelaki itu secara sengaja tidak memakai pelitup muka.

Pemeriksaan di Masjid Ar Rahmaniah pula mendapati seorang lelaki didapati tidak memakai pelitup muka ketika berada didalam masjid berkenaan.

Susulan itu kedua-duanya yang berusia 74 dan 57 tahun dikompaun masing-masing berjumlah RM 1,500 di bawah Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Didalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 (P.U.(A) 225/2021).

Berdasarkan gambar yang tular memperlihatkan anggota polis menyertai jemaah, Osman berkata bahawa gambar itu adalah benar dan pihaknya melaksanakan perkara wajib terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas