Connect with us

Oh! Media

Tular Warga Emas ‘Berdegil’ Cuba Redah Banjir, Rupanya Ini Kisah Sebenar Yang Berlaku

Oh! Tidak

Tular Warga Emas ‘Berdegil’ Cuba Redah Banjir, Rupanya Ini Kisah Sebenar Yang Berlaku

Umum mengetahui, kejadian banjir yang menimpa 8 buah negeri ketika ini cukup memberikan kesan kepada masyarakat yang terpaksa menelan keperitan dalam kehilangan pelbagai barang berharga.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Dakwaan Halau Mangsa Banjir Dari Berteduh, AEON Shah Alam Tampil Mohon Maaf

Lebih menyayat hati, belasan mayat juga turut ditemui dan dipercayai lemas akibat dibawa arus air deras yang ketinggiannya hampir mencecah paras bahu manusia.

Oleh itu, amatlah bahaya jika terdapat individu yang memandang rendah akan situasi tersebut dengan bertindak bermain serta meredah air banjir tanpa menyedari perkara itu mampu mendatangkan bahaya.

Tular warga emas cuba redah banjir, siap libas orang ketika diselamatkan

Bagaimanapun, perkara sama turut berlaku apabila tular sebuah kejadian memaparkan seorang warga emas lelaki cuba meredah banjir yang ketinggiannya hampir mencecah paras pinggang.

Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna TikTok, kejadian yang dipercayai berlaku di Temerloh, Pahang itu disedari oleh dua orang lelaki sebelum pergi untuk menyelamatkannya.

@tukhalimtcg

pakcik ni nak redah jugak air tengah laju….brother ni x bg dia marah…..nak Ke tg.belenggu katanya….

♬ original sound – halimTcG

Namun, lain pula jadinya apabila warga emas itu bertindak memarahi dua individu tersebut walaupun telah diberikan nasihat akan bahaya menyeberangi jalan berkenaan.

Bagaimanapun, dia langsung tidak mempedulikan nasihat tersebut sebelum sempat melibas mereka berdua dengan menggunakan tali oleh kerana terlalu marah dan enggan dipaksa.

@tukhalimtcg

Dlm PROSES memujuk pakcik … ##tg.belenggu

♬ original sound – halimTcG

Menerusi video tersebut, dua orang individu itu masih enggan mengalah untuk memujuk warga emas berkenaan selain mengakui tiada siapa yang berani melalui kawasan tersebut yang dilihat sangat berbahaya.

Berjaya pujuk dan diselamatkan, anak tampil perjelas situasi ayah mentua

Akan tetapi, segala usaha lelaki tersebut akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya memujuk warga emas itu daripada meredah banjir sebelum membawanya ke tempat yang selamat.

@tukhalimtcg

Reply to @shariffnor

♬ original sound – halimTcG

Menerusi ruangan komen, seorang wanita bernama Shima Ibrahim telah tampil menjelaskan bahawa warga emas itu merupakan ayah mentuanya yang kini mengalami masalah nyanyuk.

Tambahnya lagi, ayahnya itu juga turut mengalami masalah ingatan dan adakalanya sering bertindak di luar kawalan serta bersikap agresif.

Dalam pada itu, dia juga turut mengucapkan terima kasih kepada dua individu tersebut yang berusaha sedaya upaya membantu serta menyelamatkan ayah mentuanya.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memuji tindakan dua lelaki tersebut selain turut mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 1 juta jumlah tontonan serta mendapat 72,500 tanda suka.

Kredit: TikTok tukhalimtcg

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas