Connect with us

Oh! Media

Tular Video Persoal SOP Masjid, Seorang Lelaki Tampil Mohon Maaf

Trending

Tular Video Persoal SOP Masjid, Seorang Lelaki Tampil Mohon Maaf

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki yang mempertikaikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dibuat pihak Masjid.

ADVERTISEMENT

BACA: Perlis Benar Masjid Dibuka Sepenuhnya Dengan SOP Diperketat

Kejadian dikatakan berlaku di Masjid Ar-Raudhah, Taman Rasa Sayang, Senawang, individu tersebut dilihat tidak berpuas hati dirinya tidak dibenarkan masuk.

Selain itu, individu tersebut turut mempertikaikan seorang AJK masjid yang dibenarkan masuk walaupun lambat hadir ke masjid berkenaan.

Oleh itu, individu tersebut turut merakam serta mengugut akan menyebarkan video tersebut di media sosial akibat berang tidak dibenarkan masuk.

Seorang lelaki tampil mohon maaf

Berhubung dengan perkara itu, lelaki berkenaan telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di Masjid Ar-Raudhah, Taman Rasa Sayang, Senawang, hari ini.

lelaki berusia 59 tahun yang dikenali sebagai Sir itu melakukan perkara itu susulan tindakannya merakam dan memuat naik video tersebut di media sosial.

SEORANG lelaki (kanan) membuat permohonan maaf kepada seorang petugas Masjid Taman Rasa Sayang, Senawang, Adzmi Mahmud sambil disaksikan Zulkifli (dua dari kanan). (Sumber: Utusan Malaysia)

Menurut lelaki berkenaan, permohonan maafnya itu ditujukan kepada pihak masjid, pengurusan, ahli jawatankuasa dan ahli kariah selepas menyedari perkara yang berlaku hanyalah salah faham.

Seperti mana yang telah ditentukan, saya telah buat permohonan maaf kepada pihak masjid, tetapi atas keputusan ahli jawatankuasa masjid, mereka sebulat suara untuk buat sidang akhbar.

Pihak masjid sudah jelaskan kepada saya bahawa SOP tersebut bukan sengaja dibuat tetapi adalah atas arahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Dalam masa yang sama, dia juga berharap agar orang ramai supaya berhenti menyebarkan video tersebut di mana-mana saluran media sosial.

Jika tidak, mereka juga akan dikena tindakan dan itu terpulang pada pihak masjid. Ini adalah permohonan maaf terbuka kerana kes ini adalah salah faham.

Video tersebut boleh jatuhkan fitnah

Sementara itu, Pengerusi Masjid tersebut, Zulkifli Muhamed berkata, video tersebut adalah berunsur fitnah dan jelas telah memburukkan imej masjid.

Tambahnya, pihaknya hanya mengikuti SOP yang ditetapkan oleh JHEAINS dan hanya membenarkan seramai 150 orang jemaah sahaja dibenarkan masuk.

Terdahulu, sempena Peralihan ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), masjid dan surau di Negeri Sembilan hanya dibenarkan kepada 150 jemaah terawal.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin, jumlah itu termasuklah pegawai dan ahli jawatan kuasa masjid serta petugas keselamatan dan sukarelawan yang telah melepasi 14 hari menerima dua dos suntikan.

Kredit: Utusan Harian I TikTok Thedoctor654

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas