Connect with us

Oh! Media

Tular Video Lori Langgar 10 Buah Kereta, Polis Sahkan Pemandu Telah Dikesan

Oh! Tidak

Tular Video Lori Langgar 10 Buah Kereta, Polis Sahkan Pemandu Telah Dikesan

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sebuah lori yang melanggar lebih dari 10 buah kereta berjaya dirakam sebuah Televisyen Litar Tertutup (CCTV).

ADVERTISEMENT

BACA: Pemandu Lori Sondol ‘King’ Hingga Remuk Positif Dadah

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, pelanggaran itu telah menyebabkan kerosakan seperti calar yang teruk serta cermin sisi yang hampir tertanggal.

Selain itu, terdapat juga individu yang merakam keadaan seluruh kereta di jalan di Kompleks E, Putrajaya yang jelas dilihat kerosakan yang dialami semua kenderaan yang meletakkan kenderaan di kawasan itu.

Polis berjaya kesan pemandu lori

Berhubung dengan kejadian itu, polis telah memaklumkan bahawa pemandu lori yang terlibat dalam melanggar 10 buah kereta itu sudah berjaya dikesan.

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A.Asmadi Abdul Aziz, pemandu tersebut akan hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

10 daripada pemilik kereta yang terbabit kejadian itu sudah hadir ke IPD Putrajaya untuk membuat laporan. Kes disiasat mengikut Sekyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Pada masa yang sama, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri (JPM) turut mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, lokasi kejadian itu telah dizonkan sebagai kawasan yang tidak membenarkan sebarang masyarakat untuk parkir di lokasi tersebut.

Mengenai tuntutan ganti rugi, mangsa bagaimanapun tidak boleh membuat sebarang tuntutan kerana mereka telah parkir di kawasan yang dilarang.

Tiada sebarang tuntutan ganti rugi yang boleh dibuat oleh mangsa yang terlibat memandangkan kawasan atau laluan tersebut telah digazetkan sebagai kawasan yang tidak dibenarkan parkir.

Selain itu, pihaknya juga diberitahu bahawa polis akan mengadakan operasi di laluan itu bagi menghalang pengguna meletakkan kenderaan. Jika berdegil, saman akan dikeluarkan kepada mereka.

Kredit: Kosmo! I Facebook Khirwan Hashim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top