Connect with us

Oh! Media

Tular Video Arak Mayat, 11 Individu Langgar SOP Ditahan Bantu Siasatan

Trending

Tular Video Arak Mayat, 11 Individu Langgar SOP Ditahan Bantu Siasatan

Baru-baru ini tular di media sosial memaparkan sebuah video di aplikasi TikTok dan Facebook tentang sekumpulan lelaki sedang berarak serta sebahagianya dilihat menari, membawa sepanduk dan bermain gendang ketika mengiringi mayat dalam kejadian di Jalan Tiram, Butterworth.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Kosmo, berhubung dengan kejadian itu, pihak polis telah menahan 11 individu yang disyaki melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Penuh dalam melakukan perarakan mengiringi mayat tersebut, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, 11 suspek berumur 15 hingga 35 tahun telah ditahan pada pukul 6 petang hingga 10 malam tadi selepas pihaknya mewujudkan sebuah Pasukan khas Task Force untuk mengesan suspek di sekitar Butterworth.

11 individu yang ditahan dipercayai terbabit dalam video luar arak mayat semalam (Sumber: Kosmo!)

Siasatan polis mendapati kesemua suspek berada di lokasi kejadian serta berada dalam rakaman video berdurasi 56 saat yang tular itu.

Hasil daripada soal siasat kesemua suspek, mereka mengaku terlibat dalam perarakan kematian tersebut bagi meraikan kematian rakan mereka berusia 23 tahun.

Noorzainy berkata, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1969, Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Perkara 9 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 serta Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas