Connect with us

Oh! Media

Tular Remaja Hampir Pitam Di PPV, Ini Punca Sebenarnya

Trending

Tular Remaja Hampir Pitam Di PPV, Ini Punca Sebenarnya

Tular di media sosial hari ini rakaman memaparkan seorang remaja lelaki hampir pitam didakwa baru menerima suntikan vaksin Covid-19.

ADVERTISEMENT

BACA: “Penjawat Awam Wajib Ambil Vaksin Sebelum 1 November” – JPA

Memetik laporan Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman mengesahkan kejadian berlaku di Pusat Pemberian Vaksin PPV (PPV) Encore, Klebang, Melaka.

Tangkap layar video tular

Menurutnya, pelajar ini pening kerana tidak mengambil sarapan sebelum suntikan vaksin. Selepas diberi makanan, dia dilaporkan berada dalam keadaan baik.

Memang ada kes pelajar ini pening, difahamkan kerana tidak bersarapan kerana takut.

Dalam kenyataan media oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Rusdi Ab Rahman, beliau memaklumkan remaja berusia 12 tahun ini agak gementar semasa proses vaksinasi.

Dalam tempoh pemerhatian, dia tidak menunjukkan sebarang kesan sampingan. Namun, semasa berjalan pulang ke kawasan parkir, dia tiba-tiba rebah.

Jelas beliau lagi, selepas pemeriksaan lanjut, remaja ini didapati berada dalam keadaan stabil. Panggilan susulan kepada ahli keluarga turut mengesahkan remaja ini sihat dan aktif seperti sedia kala.

Hasil siasatan lanjut mendapati, remaja ini telah tidur lewat iaitu pada jam 2 pagi.

Selain itu beliau juga tidak berselera makan dan hanya makan sesudu nasi lemak pada pagi itu.

Pihaknya akan terus memantau keadaan remaja ini dari semasa ke semasa. Ibu bapa dinasihatkan agar memastikan anak-anak mendapatkan rehat yang cukup serta makan sebelum hadir ke PPV.

Kredit: Harian Metro | KKM

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas