Connect with us

Oh! Media

Tular Polis Tunda Kereta Secara Terbalik Di Kuala Lumpur, JSPT Beri Penjelasan

Trending

Tular Polis Tunda Kereta Secara Terbalik Di Kuala Lumpur, JSPT Beri Penjelasan

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan aksi sebuah kenderaan jenis Proton Saga BLM yang ditunda secara terbalik oleh trak tunda polis.

ADVERTISEMENT

BACA: Tips Selamatkan Kereta Tenggelam Banjir, Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna TikTok, kejadian dikatakan berlaku di Jalan Syed Putra berhampiran SJK(C) Kuan Cheng, Kuala Lumpur.

@yishao2

♬ 原聲 – 義少

Kejadian yang tular itu telah menimbulkan pelbagai persoalan daripada netizen sehingga ada yang menganggap pihak polis menunda kenderaan tersebut secara salah.

Tunda secara terbalik jadi persoalan, JSPT beri penjelasan

Berhubung dengan perkara itu, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur telah tampil memberikan penjelasan mengenai isu tersebut.

Menurut ketuanya, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh, kejadian itu telah berlaku pada 18 Disember lalu kira-kira pukul 10.55 pagi.

Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh

Unit Tunda JSPT KL menunda kereta jenis Proton Saga BLM warna putih yang terbalik di bahu jalan berhampiran longkang dalam keadaan keempat-empat tayar di atas akibat kemalangan ketika hujan.

Katanya, kenderaan itu ditunda secara terbalik bagi mengelakkan kedua-dua tayar belakang kereta tersebut tersangkut dalam longkang yang berdekatan.

Kenderaan tersebut tidak boleh digerakkan ke posisi asal disebabkan terdapat longkang yang mana sekiranya ditarik pada posisi tersebut, berkemungkinan kedua-dua tayar belakang tersangkut dalam longkang.

Dah dapat persetujuan pemandu, hanya ditarik sejauh lima meter

Sementara itu, perkara tersebut telah pun mendapat persetujuan daripada pemandu kenderaan dan hanya ditarik sejauh lima meter di atas jalan raya.

Kemudian, kereta itu diberhentikan dan dikembalikan ke posisi asal oleh kerana ia hanya boleh diterbalikkan di atas permukaan yang rata.

Tambahnya perkara itu juga terpaksa dibuat bagi memelihara dan melindungi keselamatan pemilik kenderaan tersebut serta pengguna jalan raya yang lain.

Dalam pada itu, pihaknya juga turut memberikan nasihat kepada orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika memandu atas jalan raya.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas