Connect with us

Oh! Media

Tular Penampakan Buaya Bersaiz Gergasi, Perhilitan Siasat Kesahihan Video

Trending

Tular Penampakan Buaya Bersaiz Gergasi, Perhilitan Siasat Kesahihan Video

Buaya merupakan seekor reptilia pemangsa besar separa akuatik yang rata-rata daripada mereka terdapat di kawasan tanah panah tropika.

ADVERTISEMENT

BACA: (VIDEO) Marah Buaya Dengan Loghat Melaka, Aksi Lelaki Ini Cuit Hati Netizen

Kewujudannya di dunia memang tidak disangkal lagi, ia juga merupakan salah satu haiwan yang amat merbahaya dan mampu membunuh manusia.

Mengikut kajian, negeri yang paling banyak akan kewujudannya ialah di Sarawak dengan anggaran populasi sekitar 12,000 ekor.

Selain Sarawak yang pernah terkenal dengan misteri Bujang Senang, antara negeri yang pernah terlihat akan kedatangan haiwan itu termasuklah Negeri Sembilan dan Johor.

Buaya bersaiz gergasi di Linggi?

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan penampakan seekor buaya bersaiz gergasi yang dipercayai bersidai di tebing Sungai Linggi, Negeri Sembilan.

Video berdurasi 17 saat itu dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama @irfanbendanial telah berjaya menarik perhatian yang rata-ratanya terkejut akan saiznya.

Menerusi video tersebut, individu yang menaiki sebuah bot untuk menyeberangi muara Sungai Linggi itu berasa terkejut lalu merakam detik berharga itu.

@irfanbendanial

Buaya besar kt muara linggi. Korang ingt kt semenanjung x de buaya mcm ni ke hehe #fyp #fypシ #buaya #melaka #n9 #viral

♬ original sound – Irfan Danial – Irfan Danial
Link TikTok

Perhilitan Negeri Sembilan siasat kesahihan video

Berhubung video yang tular itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan akan menyiasat kesahihan video tersebut.

Pengarahnya, Wan Mat Wan Harun berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang makluman rasmi berhubung penemuan buaya itu setakat ini.

Bagaimanapun, lokasi sungai berkenaan sememangnya merupakan habitat bagi haiwan tersebut dan tidak mustahil akan wujudnya reptilia tersebut.

Buat masa ini, kami tidak pernah terima aduan, ini berikutan terserempak dengan buaya bersidai di sungai berkenaan adalah perkara biasa buat penduduk setempat.

Berdasarkan kajian pihak Perhilitan, habitat yang terdapat di Sungai Linggi merupakan buaya jenis tembaga.

Wan Mat menambah, buat masa ini, pihaknya masih belum mempunyai data akan saiz buaya terbesar yang pernah ditemui di Sungai Linggi.

Walaubagaimanapun, Wan Mat turut menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati sekiranya berada di kawasan habitat tersebut berada.

Kredit: Utusan Harian I TikTok @irfanbendanial

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas