Connect with us

Oh! Media

Tular Mesej Individu Yang Telah Divaksin Meninggal Dunia Akibat Makan Durian Adalah Palsu

Trending

Tular Mesej Individu Yang Telah Divaksin Meninggal Dunia Akibat Makan Durian Adalah Palsu

Jangan mudah percaya dengan berita-berita yang tidak sahih, apatah lagi dati sumber yang kita sendiri pun taktahu. Baru-baru ini, tular di media sosial berkaitan kejadian seorang individu yang telah divaksin meninggal dunia akibat makan durian.

ADVERTISEMENT

Menerusi Facebook rasmi Kementerian Kesihatan (KKM), berita tersebut adalah palsu! Korang dinasihatkan supaya tidak menyebarkan berita itu kepada orang lain.

KKM mengesahkan maklumat ini palsu. Mohon kerjasama semua untuk tidak menyebarkannya.

Menerusi mesej yang tular itu, seorang individu yang telah divaksin kononnya meninggal dunia selepas makan durian.

Beritahu keluarga dan rakan-rakan untuk jangan makan durian sebelum atau selepas vaksinasi.

Rakan saya di kebun diberi vaksin dan kembali makan durian pada keesokan harinya dan meninggal dunia.

Lebih baik mengetahui dan berhati-hati. Hidup itu berharga, kerana suatu saat kejahilan akan membunuhnya, menyedihkan.

Ramai yang takut untuk ambil vaksin sebab cerita-cerita mengarut macam ni lah. Jadi, korang jangan terpedaya dan jangan takut untuk makan durian. Dahlah sekarang ni musim dia. 

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas