Connect with us

Oh! Media

Tular ‘Mat Salleh’ Mengamuk Di KLCC, KJ Beri Respon Balas

Trending

Tular ‘Mat Salleh’ Mengamuk Di KLCC, KJ Beri Respon Balas

Sebelum ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang wanita warganegara asing yang dilihat mengamuk kerana tidak dibenarkan memasuki sebuah premis.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Warga Asing Didakwa Tak Pakai ‘Mask’ Mengamuk Dihalang Masuk Butik

Hal itu selepas wanita itu dipercayai enggan mengenakan pelitup muka sebelum dihalang oleh pekerja di sebuah butik Dior di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC).

https://twitter.com/DFEfiercefun/status/1453158296924274694

Tindakan wanita itu turut mengundang kemarahan netizen selepas dilihat cuba mencabar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan Malaysia.

Selain itu, rata-rata netizen juga turut meminta agar wanita itu dicari dan dikenakan undang-undang sambil mengetag nama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

KJ beri respon isu wanita warga asing mengamuk

Mungkin menyedari dirinya ‘dipanggil’, Khairy Jamaluddin turut tampil memberikan respon balas terhadap kejadian yang berlaku itu.

Menurutnya, beliau menegaskan agar orang ramai khususnya pelancong asing supaya mengenakan pelitup muka ketika berada di setiap lokasi awam di Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan beliau menerusi laman Twitternya baru-baru ini dengan meminta setiap individu untuk memakai mask tanpa mengira perbezaan peraturan di tempat lain.

Bila berada di Rome, ikut cara Roman, bila di Malaysia, tolong pakai pelitup muka tanpa mengira peraturan di tempat lain.

Menerusi ciapannya itu juga, Khairy turut berkata pihaknya juga sedang mendapatkan maklumat terkini daripada pihak pusat beli-belah di KLCC berhubung kejadian itu.

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat turut mengucapkan terima kasih kepada Khairy yang setia dalam menjaga peraturan berkenaan SOP bagi mengelakkan sebarang penularan berlaku.

Kredit: Twitter Khairy Jamaluddin I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas