Connect with us

Oh! Media

Tular Lagi Screenshot Pemohon Bantuan ‘Demand’, Bila Suruh Kerja Banyak Alasan

Trending

Tular Lagi Screenshot Pemohon Bantuan ‘Demand’, Bila Suruh Kerja Banyak Alasan

Baru-baru ini, viral di media sosial mesej permohonan bantuan bendera putih seorang individu yang meminta beberapa kilogram daging dan sotong besar. Sikap keterlaluan individu tersebut dianggap ‘diberi betis hendak paha’ apabila menyenaraikan beberapa barangan tidak perlu.

ADVERTISEMENT

BACA: ‘Musang King Tak Minta Ke?’ – Tular Screenshot Mohon Bantuan Daging, Sotong Besar

Terbaru, viral pula kisah di mana pemohon bantuan memberi pelbagai alasan apabila ditawarkan kerja. Menerusi perkongsian Izzah Rohaizad, individu berkenaan berkata seramai 8 orang isi rumah tidak bekerja sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mereka memerlukan barangan keperluan asas untuk meneruskan hidup selama beberapa minggu.

bendera putih

Bila bagi betis nak peha. Kadang-kadang betul juga cakap Dato Sri Vida tu. Rakyat kita selagi boleh mintak dia akan mintak kaw kaw. Kerja malas. Susah sikit tak boleh. Selagi boleh dapat free kenapa nak kerja betul tak? Maybe ni laa dalam pemikiran mereka ni. Hope tak semua rakyat marhaen macam ni ya.

Walau bagaimanapun, apabila diminta bekerja mengambil upah di kebun dengan bayaran RM100 untuk dua orang, individu ini memberi alasan anaknya ‘tidak biasa’ dengan pekerjaan sedemikian.

bendera putih
bendera putih

Penat kami nak layan sorg sorg macam ni. Kami bantu setakat yang boleh je. Kalau tak reti boleh belajar. Saya boleh bantu ajar kan cara marketing. Orang lain pun confirm banyak lagi cara nak survive. Tapi Kalau anak pun dah besar gajah tapi masih lagi seronok meminta2. Tak nak berusaha.. Susah laa nak cakap. Saya tak cakap semua orang macam ni. But segelintirnya macam ni. Please ya. Cuba ubah cara masing-masing berfikir dan usaha. Sabar itu separuh dari iman. Hehhee kami cuba bersabar dan sentiasa bantu org lain dalam kesusahan.

Malah, apabila dicadangkan untuk mencuba perniagaan online, individu ini tidak dapat menerima dan menganggap ianya satu sindiran.

Kesal dengan jawapan balas individu tersebut, Puan Izzah mengakui memang ada segelintir masyarakat yang enggan berusaha dan hanya mengharapkan bantuan. Mereka seolah-olah seronok ‘meminta-minta’ sedangkan ada peluang pekerjaan di depan mata.

Kredit: Izzah Rohaizad

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas