Connect with us

Oh! Media

Tular Kereta Terbabas Akibat ‘Microsleep’, Pemandu Lelaki Didenda RM300

Oh! Tidak

Tular Kereta Terbabas Akibat ‘Microsleep’, Pemandu Lelaki Didenda RM300

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan insiden sebuah kenderaan yang terbabas ke laluan bertentangan serta mengakibatkan beberapa pelanggaran berlaku.

ADVERTISEMENT

BACA: Microsleep Menjadi Punca Kepada Kemalangan

Punca kejadian dikatakan berlaku disebabkan pemandu tersebut mengalami microsleep sebelum kenderaan yang dipandunya hilang kawalan dan melanggar kenderaan lain.

Microsleep bermaksud tertidur dalam waktu yang singkat akibat kepenatan atau kurang mendapatkan tidur yang cukup dan ia dilihat sangat berbahaya lebih-lebih lagi apabila memandu di atas jalan raya.

Polis sahkan pemandu didenda RM300

Berhubung dengan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, pemandu tersebut telah pun dikenakan denda sebanyak RM300.

Hal itu selepas pihaknya selesai menjalankan siasatan terhadap laporan yang diterima oleh Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah pada pukul 3.30 petang 20 November lalu.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati pemandu tersebut mengalami microsleep sebelum kejadian yang berlaku di kilometer 27, Jalan Seremban-Kuala Pilah.

Hasil daripada siasatan, pemandu kereta berwarna putih tersebut iaitu seorang lelaki berusia 38 tahun yang dalam perjalanan dari Seremban ke Pahang.

Dia didapati telah mengalami ‘microsleep’ dan dikenakan tindakan denda RM300 di bawah Peraturan 10 Kaedah Lalulintas 1666/59.

Tegasnya lagi, setiap pemandu perlulah memastikan kenderaan yang dipandu dalam keadaan selamat ketika mengawal kenderaan dan tertidur semasa memandu dikira sebagai satu kesalahan.

Dalam kesalahan berkenaan pemandu kereta tidak boleh tidur yang bermaksud pemandu kenderaan yang berjalan di jalan raya tidak boleh tidur atau lalai daripada mengawal kenderaan yang sedang berjalan itu.

Dalam pada itu, pihaknya juga sempat menasihati orang ramai agar tidak mencetuskan sebarang spekulasi mengenai kes tersebut supaya ia dapat diselesaikan dengan baik.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Medua

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas