Connect with us

Oh! Media

Tular Kereta Institut Memandu ‘Makan Jalan’ Cetus Kemarahan Netizen

Trending

Tular Kereta Institut Memandu ‘Makan Jalan’ Cetus Kemarahan Netizen

Tular baru-baru ini sebuah video memaparkan sebuah kenderaan dari institut memandu yang dilihat melakukan aksi berbahaya di sebuah jalan.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Kereta Terbabas Akibat ‘Microsleep’, Pemandu Lelaki Didenda RM300

Menerusi perkongsian dari pemilik laman Facebook bernama Asal Gombak, klip video yang telah dirakam melalui dashcam itu dipercayai berlaku di Batu 8, Jalan Gombak, Selangor.

Kereta tiba-tiba muncul dari arah bertentangan

Berdasarkan video tersebut, jelas kelihatan si perakam terpaksa memberhentikan kenderaannya akibat terkejut melihat kereta itu yang secara tiba-tiba memasuki laluannya.

Kenderaan jenis Perodua Axia itu dipercayai dari sebuah sekolah memandu berdasarkan pelekat P di bahagian hadapan kereta tersebut.

Selain itu, si perakam juga turut terpaksa menekan brek secara mengejut sambil membunyikan hon bagi mengelakkan sebarang pelanggaran berlaku.

Sedar akan kelalaiannya, pemandu Axia itu terus mengawal kenderaannya dan masuk semula ke lorong asal sebelum berlalu pergi seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Menurut sumber, pemandu yang merupakan seorang wanita itu dipercayai sedang memandu sambil bermain telefon pintar sehingga hampir menyebabkan kemalangan.

Bagaimanapun, tarikh serta status pemandu tersebut sama ada seorang pelajar ataupun tenaga pengajar masih tidak diketahui, manakala tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat mengecam tindakan pemandu tersebut yang sepatutunya menunjukkan contoh kepada orang ramai di atas jalan raya.

Setakat ini, perkongsian itu telah mendapat lebih daripada 150 tanda suka serta telah dikongsikan sebanyak 40 kali.

Kredit: Facebook Asal Gombak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas