Connect with us

Oh! Media

Tular Keluarga Dan Tetamu Dikompaun, Polis Buka Kertas Siasatan

Trending

Tular Keluarga Dan Tetamu Dikompaun, Polis Buka Kertas Siasatan

Baru-baru ini tular di media sosial apabila sesorang pemilik laman sosial Twitter telah memuat naik hantarannya mendakwa terdapat tetamu dan tuan rumah yang dikenakan kompuan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri 2021 di Nilai Impian, Semalam.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Berita Harian, pihak polis telah membuat kertas siasatan berhubung kes tersebut terhadap pemilik laman sosial twitter bernama ‘No War But Class War’ @ Icsmxms yang disyaki telah menyebarkan berita palsu mengenai pelaksanaan kompuan terbabit.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden, Mohd Fazley Ab Rahman, berkata pemilik akaun itu akan dipanggil untuk memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung hantaran yang dimuat naiknya.

Pemilik akaun itu memuat naik status ‘Area Rumah Aku Nilai Impian. Tuan Rumah RM25K, Tetamu RM5K pada 4.33 petang, semalam

Gambar yang tular itu telah disalah tafsir sebagai sebuah tindakan kompaun sebanyak RM30,000 kepada orang awam, perkara sebenar yang berlaku adalah pihak polis hanya melakukan tinjauan bersama dengan pengamal media untuk melihat kadar pematuhan penduduk terhadap SOP Aidilfitri di kawasan itu.

Susulan itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b), Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021.

Fazley menasihati orang awam agar menghentikan sebarang penyebaran gambar atau berita tidak tepat di media sosial.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas