Connect with us

Oh! Media

Tular Isu Air Zamzam Tidak Boleh Dibawa Pulang, Seorang Individu Beri Penjelasan

Trending

Tular Isu Air Zamzam Tidak Boleh Dibawa Pulang, Seorang Individu Beri Penjelasan

Sebelum ini, tular mengenai sebuah kejadian yang menimpa seorang lelaki yang bertugas sebagai mutawwif apabila menyatakan air zamzam tidak boleh dibawa pulang ke Malaysia.

ADVERTISEMENT

BACA: Hukum Mandi Dengan Menggunakan Air Zamzam

Menerusi sebuah video yang dikongsikan olehnya di aplikasi TikTok, dia telah memberikan pesanan kepada orang ramai yang ingin ke Kota Suci Mekah agar tidak membeli atau membawa pulang air suci itu.

Hal itu selepas aktiviti itu dihalang oleh petugas di lapangan terbang baharu di Jeddah dan menyuruh orang ramai agar minum sepuas-puasnya sebelum pulang ke tanah air.

Hal itu mendapatkan pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-rata daripada mereka turut menzahirkan rasa kecewa akan perkara itu.

@masjidbesi

Air Zam-Zam tidak dibenarkan dibawa balik ke Malaysia #fyp #airzamzam

♬ original sound – Masjid Besi – Masjid Besi
Link TikTok

Seorang individu tampil beri penjelasan isu air zamzam

Berhubung dengan perkara itu, seorang rakyat Malaysia yang menetap di sana telah tampil memberikan penjelasan mengenai isu air zamzam tersebut.

Menurutnya, isu larangan air zamzam yang tidak dibenarkan untuk dibawa pulang ke Malaysia adalah di atas sebab-sebab tertentu.

Hal itu sejak berlakunya pandemik pada tahun lepas yang mana kerajaan Arab Saudi mula tidak membenarkan membawa air suci itu naik ke atas pesawat sehingga ke hari ini.

Selain itu, dia juga mengakui bahawa sejak sektor penerbangan dibuka di Arab Saudi, rakyat di sana sendiri tidak dapat membeli air suci itu di lapangan terbang antarabangsa Jeddah.

Kami yang menetap di Arab Saudi ketika ini tidak terkejut dengan video tersebut, kerana sejak penerbangan dibenarkan dan lapangan terbang dibuka semula rakyat Saudi sendiri tidak dapat membeli air zamzam di airport antarabangsa Jeddah.

Rakyat di negara ini yang ingin pulang bercuti ke negara masing-masing juga tidak dibenarkan untuk membawa air zamzam naik ke pesawat untuk dibawa pulang.

Harap pihak Arab Saudi membenarkan semula pembawaan air zam zam

Menurutnya, kerajaan Arab Saudi kini masih menguatkuasakan undang-undang yang baru dan berharap agar rakyat Malaysia dapat menerima pelaksanaan ini.

Jadi perkara ini kami sudah jangkakan, mungkin para jemaah umrah juga tidak akan mendapat ‘keistimewaan’ seperti biasa iaitu dengan membawa pulang lima liter air zamzam setiap seorang.

Dia juga turut menyeru orang ramai agar sama-sama mendoakan pihak Arab Saudi membenarkan semula pembawaan air zamzam kerana mengakui dirinya juga turut terkesan dengan perihal air tersebut.

Kredit: Kosmo! I Tiktok MasjidBesi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas