Connect with us

Oh! Media

Tular Individu Dipercayai Ada Masalah Mental Pecahkan 13 Cermin Kereta

Trending

Tular Individu Dipercayai Ada Masalah Mental Pecahkan 13 Cermin Kereta

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan aksi seorang individu yang dipercayai mempunyai masalah mental telah memecahkan cermin kenderaan sebelum ditahan polis.

ADVERTISEMENT

BACA: Empat Lelaki Langgar Dan Pecahkan Cermin Kereta Didapati Positif Dadah

Menurut laporan Kosmo, lelaki tersebut telah menggunakan sebatang besi sepanjang 1.2 meter sebelum memecahkan sebanyak 13 cermin kenderaan di Jalan Sultan Abdul Samad, Banting.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, kejadian berlaku di parkir hadapan sebuah bank itu berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi, semalam.

Tambahnya, suspek berusia 39 tahun yang secara tiba-tiba mengamuk dan memecahkan cermin hadapan kenderaan sambil disaksikan orang sekeliling.

kejadian pertama disaksikan sendiri pemilik kenderaan yang memegang besi tersebut sebelum memecahkan cermin depan kenderaannya.

Ahmad Ridhwan berkata suspek kemudiannya melakukan perbuatan itu terhadap 12 cermin kenderaan yang lain di lokasi yang sama.

Individu berjaya ditahan polis MPV

Berhubung dengan kejadian itu, selepas menerima maklumat tentang kejadian, Sepasukan Unit Kereta Peronda (MPV) telah dikerahkan untuk menahan suspek.

Siasatan juga mendapati suspek sudah pun mendirikan rumah tangga dan merupakan penduduk tempatan.

Sepasukan Unit Kereta Peronda (MPV) telah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat sebelum menangkap suspek dan merampas batang besi digunakannya.

Hasil siasatan mendapati suspek adalah seorang penganggur dan merupakan penduduk tempatan serta belum berkahwin.

Alami tekanan emosi dan pernah dirawat

Menurut Ahmad Ridhwan, siasatan juga mendapati suspek dipercayai mengalami tekanan emosi serta pernah dirawat sebagai pesakit mental.

Suspek dikatakan telah lama tidak menerima rawatan psikiatri dari mana-mana hospital sakit jiwa dan turut mempunyai rekod jenayah lampau.

Semakan rekod mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan narkotik namun ujian air kencing mendapati lelaki negatif daripada sebarang jenis dadah.

Setakat ini, pihak polis telah terima lima laporan polis daripada pemilik kereta yang mengalami kerugian daripada kejadian tersebut.

Walaubagaimanapun, kes disiasat mengikit Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan khianat.

Kredit: Kosmo! I Malaysia Gazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas