Connect with us

Oh! Media

Tular Gambar Tak Pakai Pelitup Muka, Ketua JSPT Kuala Lumpur Beri Penjelasan

Trending

Tular Gambar Tak Pakai Pelitup Muka, Ketua JSPT Kuala Lumpur Beri Penjelasan

Tular baru-baru ini di laman media sosial apabila seorang pengguna laman sosial Twitter yang menyiarkan gambar seorang polis trafik yang tidak mengenakan pelitup muka ketika menjalankan tugas di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

ADVERTISEMENT

Petikan itu memaparkan rasa ketidakpuashatian seorang remaja kepada anggota trafik itu yang tidak memakai pelitup muka ketika sedang berada dalam kawasan yang ramai orang.

Memetik petikan Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian tular ini berlaku ketika anggota terbabit sedang bertugas mengawal lalu lintas di kawasasn pasar malam sekitar jalan berkenaan dan Lorong Tunku Abdul Rahman 7 bermula jam 1 petang hingga 10 malam pada rabu lalu.

Anggota itu baru sahaja selesai berbuka puasa bersama lima lagi rakannya di bawah khemah di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman/ Jalan Esfahan berhampiran pusat membeli belah jam 8 malam.

Usai berbuka puasa, anggota berkenaan terus menuju ke motosikal untuk meneruskan tugasan. Gambar tersebut dipercayai diambil sebelum anggota itu memakai pelitup muka dan topi keledar.

Berikutan kejadian tular itu, anggota berkenaan terus membuat laporan polis berkenaan penularan gambar oleh individu tersebut kerana cuba untuk menjatuhkan maruah anggota tersebut dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas