Connect with us

Oh! Media

Tular Gambar Seekor Beruk Pakai Gelang Merah Jambu? Ini Penjelasan Dari JKNK

Trending

Tular Gambar Seekor Beruk Pakai Gelang Merah Jambu? Ini Penjelasan Dari JKNK

Di musim pandemik ini, angka jangkitan kian meningkat dan bagi golongan yang dikuarintin, mereka akan disuruh untuk memakai gelang merah jambu.

ADVERTISEMENT

BACA: (VIDEO) Tular Cabut Gelang ‘Pink’ Sebab Nak Keluar, Remaja Dikompaun

Ia juga merupakan salah satu inisiatif bagi menandakan seseorang itu positif sekaligus memberitahu agar menjauhi daripada golongan tersebut supaya tidak berlakunya penularan.

Ia akan menjadi kesalahan kepada masyarakat yang tidak bertanggungjawab menanggalkan gelang tersebut tanpa kebenaran pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Namun, pernahkah anda terfikir bahawa selain manusia, haiwan juga mampu dijangkiti semasa pandemik ini?

Beruk pakai gelang pink

Beruk pakai gelang pink
(Sumber: Kosmo!)

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai sebuah gambar memaparkan seekor beruk yang telah dipakaikan gelang merah jambu.

Menurut laporan Kosmo, gambar tersebut diperoleh daripada pengendali laman Facebook bernama Info Rakyat Di Kelantan (IRDK).

Pengendali itu berkongsi mesej pesanan suara seorang lelaki mendakwa haiwan tersebut tidak bermaya sejak beberapa hari lalu selain mengalami demam selsema.

Dia juga mendakwa telah menghantar haiwan tersebut untuk mendapatkan ujian calitan dan disahkan positif terhadap virus berkenaan.

Beruk disahkan positif di Gua Musang

Hantaran itu menerima pelbagai respon daripada netizen selain menyifatkan ia sebagai melucukan dan ada juga yang bersimpati dengan nasib haiwan tersebut.

Dinafikan oleh JKNK

Menurut Harian Metro, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) bagaimanapun menafikan seekor beruk di Gua Musang didapati positif.

Menurut Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, pihaknya tidak melakukan sebarang ujian saringan ke atas binatang itu.

Beliau juga turut menyatakan bahawa perkara itu sebagai tidak munasabah selain menyifatkan pihaknya tidak melakukan ujian saringan kepada haiwan tersebut.

Tidak munasabah, kita tidak buat ujian calitan kepada beruk

Berhubung dengan perkara itu, Dr Zaini turut menasihati masyarakat agar tidak mempermainkan perkara seperti itu kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang ramai.

Kredit: Kosmo! I Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas