Connect with us

Oh! Media

Tular Gambar Pakai Gelang Pink Semasa Isi Minyak, Polis Buka Kertas Siasatan

Oh! Tidak

Tular Gambar Pakai Gelang Pink Semasa Isi Minyak, Polis Buka Kertas Siasatan

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan sebuah gambar memaparkan seorang lelaki yang mengenakan pakaian berwarna merah jambu sambil memakai gelang pink dan tidak memakai pelitup muka sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Batu 1, Bentong, semalam.

ADVERTISEMENT

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2 semalam itu menjadi tular selepas individu terbabit yang bergelang pink tidak mengkuarintinkan dirinya dan dengan selamba mengisi minyak sekaligus merisaukan masyarakat sekeliling.

Berhubung dengan situasi itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, pihak polis telah melakukan siasatan terhadap lelaki terbabit mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang boleh merebakkan penyakit dan Seksyen 17 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Siasatan awal polis mendapati lelaki terbabit dalam perjalanan ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bentong untuk memotong gelang pengawasan berwarna merah jambu namun kereta lelaki terbabit kehabisan minyak.

Katanya lagi, laporan polis dibuat terhadap lelaki terbabit kerana tidak memakai pelitup muka dan mulut di tempat awam berdasarkan gambar yang tular tersebut.

Jika disabitkan kesalahan, lelaki berusia 25 tahun itu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top