Connect with us

Oh! Media

Tular Gambar Diri Tak Ikut SOP, Radzi Buat Laporan Polis

Trending

Tular Gambar Diri Tak Ikut SOP, Radzi Buat Laporan Polis

Baru-baru ini, Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr. Radzi Jidin telah melakukan tinjauan di Sekolah Menengah Sains Dungun bagi melihat sesi persekolahan secara bersemuka itu.

ADVERTISEMENT

BACA: “Guru Enggan Vaksin Akan Ditempatkan Di Ruangan Khas” – Menteri Kanan Pendidikan

Menerusi sidang media yang dibuat selepas itu, antara intipatinya ialah golongan guru yang enggan divaksin tidak dibenarkan mengajar murid secara bersemuka.

Menurut Radzi, tindakan itu dibuat sebagai langkah untuk melindungi pelajar selain mengakui seramai 2,000 guru masih enggan divaksin di seluruh negara.

Selain itu, beliau juga turut dilihat melakukan tinjauan di beberapa sekolah di sekitar daerah Kuala Terengganu dan Marang.

Tular gambar Radzi tak jaga penjarakan fizikal

Namun, semasa tinjuan itu, tular pula sebuah gambar di media sosial memaparkan Menteri Kanan Pendidikan itu tidak menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP).

Menerusi gambar tersebut, beliau dikatakan tidak menjaga penjarakan sosial semasa mengambil gambar bersama beberapa individu yang dilihat saling rapat antara satu sama lain.

Sidang media Radzi di Sekolah Menengah Sains Dungun

Nafi tak jaga SOP

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan sendiri oleh beliau mengenai satu hantaran di laman Facebook kononnya beliau tidak melakukan penjarakan fizikal ketika sidang akhbar tersebut.

Menerusi hantaran Radzi di laman Facebook, beliau telah menyemak foto berkenaan dan mendapati ia adalah palsu.

Saya dimaklumkan tentang satu hantaran di Facebook yang tular bersama sekeping gambar yang menunjukkan seolah-olah langsung tiada penjarakan fizikal sewaktu saya mengadakan satu sidang akhbar.

Seingat saya, selain Ahli Parlimen Dungun Wan Hassan Mohd. Ramli dan Exco Pendidikan Terengganu, Ustaz Satiful Bahari Mamat, tiada sesiapa berada di sebelah saya ketika sidang media di Sekolah Menengah Sains Dungun pada 3 Oktober lalu.

Katanya, tindakan berniat jahat pemilik akaun tersebut adalah amat tidak bertanggungjawab dan pihaknya sudah membuat satu laporan polis berhubung dakwaan itu.

Kredit: Facebook Dr Radzi Jidin I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas