Connect with us

Oh! Media

Tular Gambar Asap Tebal Di Pulau Pinang Cetus Persoalan Netizen

Trending

Tular Gambar Asap Tebal Di Pulau Pinang Cetus Persoalan Netizen

Baru-baru ini tular di media sosial apabila sebuah gambar memaparkan kepulan asap hitam tebal muncul di beberapa lokasi di Pulau Pinang berdasarkan gambar yang dikongsikan itu telah menjadi tanda tanya penduduk di negeri ini.

ADVERTISEMENT

Ramai penduduk mendakwa melihat kejadian asap tebal itu dari jauh sejak pagi tadi dan setakat pukul 11 pagi, asap hitam itu masih kelihatan di ruang udara.

Namun, persoalan itu terjawab selepas jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri mengesahkan kepulan asap hitam itu berpunca daripada kebakaran melibatkan sebuah kilang plastik di Simpang Ampat, Seberang Perai, awal pagi tadi.

Menurut jurucakap itu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.53 pagi dan sepasukan anggota bomba terus bergegas ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan sebuah kilang pembuatan plastik yang seluas kira-kira 740 meter persegi itu dilaporkan hampir keseluruhan kilang hangus dijilat api.

Anggaran kemusnahan dalam kebakaran itu dianggarkan antara 60 hingga 70 peratus dan dan pihak bomba berjaya mengawal kebakaran pada pukul 4.35 pagi.

Setakat pukul 10.30 pagi, kerja-kerja pengawalan dan pemadaman masih dijalankan.

Operasi pemadaman itu dijalankan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap yang dibantu oleh BBP Batu Kawan, Nibong Tebal dan Bayan Baru.

Jurucakap itu juga memaklumkan tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dalam kejadian itu.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas