Connect with us

Oh! Media

Tular Foto Tompokan Darah Di Dua Mesin ATM Akhirnya Terjawab

Trending

Tular Foto Tompokan Darah Di Dua Mesin ATM Akhirnya Terjawab

Tular baru-baru ini sebuah gambar tompokan darah di dua ruangan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di bank Bandar Jertih hingga menyebabkan orang ramai panik dan menganggap kejadian rompakkan telah berlaku sehingga menyebabkan kecederaan orang awam di lokasi tersebut.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung kejadian jam 8.20 malam kelmarin itu namun hasil siasatan di lokasi mendapati ia bukan kes rompakan seperti yang ditularkan.

Siasatan awal mendapati terdapat beberapa tompokan merah dipercayai darah di ruangan bank namun tiada saksi yang melihat sebarang kejadian jenayah berlaku.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad

Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bank itu mendapati seorang lelaki warga emas tempatan berusia 61 tahun memasuki bank tersebut dan didapati terdapat kesan tompokan darah pada kakinya.

Warga emas terbabit dilihat melakukan transaksi di mesin ATM di bank berkenaan. Ketika lelaki itu beredar didapati ada tompokan darah di kakinya.

Hasil rakaman itu, dipercayai lelaki berkenaan mengalami kecederaan sebelum memasuki bank dan difahamkan kecederaan itu berpunca daripada luka akibat terkena tunjang tempat untuk mengikat tali lembu.

Lelaki itu dipahamkan tidak pergi mendapatkan rawatan sebelum memasuki bank tersebut.

Abdul rozak berkata, hasil daripada siasatan itu akhirnya menepis segala dakwaan atau sangkaan orang ramai berkenaan terjadinya rompakkan di dua bank tersebut.

Beliau turut menasihati orang ramai terutamanya warganet supaya tidak sewenang-wenangnya menyebarkan berita palsu di media sosial sebelum mengetahui kesahihannya kerana mampu menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas