Connect with us

Oh! Media

Tular Di Media Sosial, Nama Unik Anak Ini Raih Perhatian Ramai

Trending

Tular Di Media Sosial, Nama Unik Anak Ini Raih Perhatian Ramai

Umum mengetahui, terdapat ramai individu yang mempunyai nama-nama aneh dan unik yang tidak pernah dijangkau oleh fikiran manusia.

ADVERTISEMENT

BACA: Didakwa Guna Nama TMJ Tukar Wang Asing AS$5 Trilion, Dua Beranak Diburu

Di Malaysia sahaja, ciri-ciri nama unik yang diberikan adakalanya mempunyai perkataan yang panjang serta campuran ‘dialek’ dari negara-negara luar.

Walaupun unik, tetapi mungkin akan menyusahkan anak itu sendiri kerana perlu menghafal setiap butir nama jika ingin melengkapkan sebarang dokumen.

Nama unik curi perhatian

Terbaharu, perkara sama turut berlaku di Indonesia apabila terdapat seorang pelajar sekolah menengah di Muara Enim, Sumatera Selatan turut tidak terlepas dari mempunyai nama yang unik.

Menurut CNN Indonesia, pelajar lelaki itu dinamakan sebagai ABCDEF GHIJK Zuzu oleh pasangan suami isteri bernama Zulfahmi dan Zuhro Liani.

Nama tersebut mula tular di medai sosial selepas dirinya mengambil suntikan vaksin di Balai Polis Muara enim selepas mendapati nama tersebut sedikit unik.

Menurut bapanya, walaupun nama anaknya dalam abjad, dia dan isteri sering memanggil dengan nama Adebz atau Adef bagi membolehkan mereka memanggilnya dengan mudah.

Benar, pelajar lelaki dengan nama ABCDEF GHIJK Zuzu itu adalah anak saya. Dah lama rancang nak guna nama tu sebelum kahwin lagi.

Hadapi kesukaran dalam mendaftarkan nama anak

Walaupun mempunyai nama yang unik, namun, Zulfahmi mengakui dirinya berdepan masalah untuk mendaftarkan nama ananya kerana terdapat pihak yang menganggap ia sebagai gurauan.

Tidak, saya tidak bergurau dan memang saya ingin namakan anak saya dengan abjad.

Saya perlu melakukan pelbagai urusan dokumentasi termasuk surat doktor mengenai kelahiran anak saya untuk mendaftar sijil kelahiran Adef kerana mereka ingat saya bergurau.

Bagaimanapun, dia turut mengakui anaknya telah menerima pelbagai nama bagi menggantikan nama asalnya termasuklah panggilan ABCD.

Tambahnya lagi, dia tidak peduli akan perkara itu selain berharap agar anaknya akan menjadi insan yang berjaya di masa hadapan.

Kredit: Utusan Harian I CNN Indonesia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas