Connect with us

Oh! Media

Tular Dakwaan Polis Tahan Dua Individu Halang Pembalakan, Ini Penjelasan Daripada Polis

Trending

Tular Dakwaan Polis Tahan Dua Individu Halang Pembalakan, Ini Penjelasan Daripada Polis

Tular baru-baru ini sebuah hantaran di laman Facebook milik seorang individu yang mendakwa dua orang lelaki telah ditahan oleh pihak polis kerana menghalang pembalakan di kawasan mereka.

ADVERTISEMENT

BACA: Polis Terkejut, Seorang Pengedar Dadah Mati Mengejut Ketika Serbuan

Menerusi hantaran itu, pengguna laman Facebook itu turut menyatakan bahawa dua individu itu telah digari selain mempertikai mengapa mereka ditangkap.

Polis Kelantan beri penjelasan

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan, mereka menafikan pihaknya menangkap dua beradik di Kampung Rumlag, Kuala Betis seperti yang ditularkan itu.

Tambahnya lagi, menerusi individu yang menyatakan dua beradik itu ditangkap atas alasan mempertahankan kawasan mereka daripada diceroboh syarikat pembalakan adalah tidak benar.

Sumber: Kosmo!

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya telah mengadakan perjumpaan bersama wakil penduduk Orang Asli Kampung Rumlag Sungai Raya berhubung halangan di kawasan pembalakan.

Selain itu, perjumpaan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang bersama wakil kampung itu juga bagi membincangkan mengenai masalah dari aspek keselamatan.

Tujuan perjumpaan tersebut diadakan adalah bagi mengenal pasti punca masalah dan memberi nasihat mengenai aspek keselamatan bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini.

Bukan kena tangkap, cuma nak ambil gambar

Shafien Mamat menambah, ketika polis membuat rondaan di kawasan pembalakan itu, terdapat dua individu yang meminta izin kepada mereka untuk mengambil gambar bersama kenderaan polis tersebut.

Semasa pihak kami membuat rondaan di kawasan pembalakan berkenaan, dua lelaki itu meminta untuk bergambar bersama kenderaan polis sebagai kenangan dan untuk simpanan peribadi mereka

Bagaimanapun, gambar tersebut telah disalah erti oleh netizen yang menyangka bahawa mereka telah ditangkap. Namun kenyataannya bukan seperti yang disangkakan.

Sehubungan dengan itu, pihaknya juga telah membuka satu kertas siasatan berhubung kes itu yang akan disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Meninjau pada status individu yang menularkan gambar tersebut, kelihatan dia sudah pun memadamkan hantarannya selain turut membuat permohonan maaf selepas itu.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas