Connect with us

Oh! Media

Tular Anak Meraung Disebalik Pagar Lihat Van Jenazah Bapa, Isteri Reda Uruskan 6 Orang Anak

Trending

Tular Anak Meraung Disebalik Pagar Lihat Van Jenazah Bapa, Isteri Reda Uruskan 6 Orang Anak

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sebuah van yang membawa seorang individu yang sudah pergi melalui sebuah rumah bagi memberikan peringat terakhir.

ADVERTISEMENT

BACA: Pakcik Menangis Ratapi Pemergian Isteri Tercinta Meninggal Dunia Selang 4 Hari

Lebih manyayat hati, kedengaran juga tangisan-tangisan daripada anak-anak selepas melihat van yang membawa jasad bapanya melalui kawasan tersebut.

Video tersebut telah mendapat perhatian daripada kalangan netizen yang turut sebak serta simpati akan nasib yang menimpa anak-anak kecil itu.

https://www.tiktok.com/@lizanaim93/video/7005106102283029787?referer_url=https%3A%2F%2Fkisahdunia.com%2F&referer_video_id=7005106102283029787&refer=embed&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6993220371899008514

Isteri terpaksa uruskan anak seorang diri

Walaubagaimanapun, isteri kepada arwah kini dalam sekelip mata bergelar ibu tunggal dan terpaksa menguruskan enam orang anaknya selepas suaminya meninggalkan akibat wabak pandemik.

Sumber: Kosmo!

Menurut laporan Kosmo, wanita tersebut bernama Zaini Kaus, 44, menyatakan bahawa suaminya Md. Isa Mohd. Noor, 43, disahkan dijangkiti pada 23 Ogos lalu.

Suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori telah menjalani rawatan di Hospital Melaka selepas mendapati paras oksigennya menurun kepada 90 peratus.

Menurutnya, mereka menyangka bahawa suaminya yang mengalami demam akan pulang selepas beberapa hari menerima rawatan.

Seperti patah sayap sebelah

Tambahnya lagi, anaknya yang masih kecil berusia lima hingga 11 tahun. Nur Danisha merupakan anak yang paling rapat dengan suaminya.

Kami semua memang yakin dia akan balik rumah, tidak sangka suami dibawa balik dalam van jenazah dan saat itulah Danisha meraung sekuat hatinya.

Ketika itulah saya rasa seperti patah sayap sebelah.

Jelasnya lagi, dia dan anak-anaknya juga sebelum ini disahkan dijangkiti namun sudah pulih selepas menjalani kuarintin dan memotong gelang pink.

Bagi orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan, anda boleh berbuat demikian menerusi akuan Bank Simpanan Nasional bernombor  0413241000065985.

Dalam kesempatan ini, kami dari pihak Oh! Media ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Kak Zaini dan berharap agar kekal tabah dalam menguruskan anak-anak. Amin.

Kredit: Kosmo! I TikTok lizanaim93

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas