Connect with us

Oh! Media

Tukar Sawah Jadi Kebun, Petani Bangladesh Sudah ‘Besar Kepala’?

Oh! Tidak

Tukar Sawah Jadi Kebun, Petani Bangladesh Sudah ‘Besar Kepala’?

Inisiatif petani Bangladesh mengubah tanah bendang di sekitar Sekinchan kepada kebun tanaman kontan menimbulkan rasa kurang senang sebahagian besar pesawah di situ.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Harga Sayur Naik Mendadak, KPDNHEP Beri Maklum Balas

Harian Metro melaporkan, keadaan itu menyebabkan tanaman pesawah diganggu makhluk perosak dari kebun berhampiran.

Azman Mahmood selaku Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) berkata, aktiviti kebun petani Bangladesh itu mengakibatkan saliran air untuk sawah tersekat dan perlu diperbaiki dari semasa ke semasa.

Sekadar gambar hiasan

Keadaan ini telah menjejaskan hasil bendang dan pendapatan pesawah. Pemerhatian Mafi mendapati, terdapat lebih 12 hektar sawah bertukar menjadi kebun tanaman kontan.

Kadar sewa adalah antara RM4,000 hingga RM4,500 untuk semusim. Bermakna dalam setahun, mereka bayar dua kali namun ia boleh memberikan hasil berkali ganda.

Tambahnya, stok sayuran yang ditanam petani itu seperti peria, timun, kacang, bendi, keladi, jagung dan sayuran lain dijual kepada peraih termasuklah daripada Bangladesh sendiri.

Kita dapati, mereka ini menggunakan saluran sama dengan penanam sayur di Cameron Highlands.

Kita juga dapat rungutan daripada petani bahawa ada antara Bangladesh ini sudah ‘besar kepala’ dengan memohon peruntukan baja dan racun yang disediakan kerajaan.

Jelasnya, perkara ini sudah dibangkitkan dalam Parlimen dan pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan agensi berwajib untuk mencari penyelesaian.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top