Connect with us

Oh! Media

Tuduhan Pukul Bomoh, 4 Lelaki Mengaku Tidak Bersalah

Trending

Tuduhan Pukul Bomoh, 4 Lelaki Mengaku Tidak Bersalah

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang bomoh membuat laporan polis mendakwa telah dicederakan empat individu di sebuah inap desa di Kampung Huda Kota Bharu, Kelantan.

ADVERTISEMENT

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat dalam laporan media sebelum ini berkata, kes berpunca daripada perselisihan faham di antara tertuduh dengan mangsa berkenaan urusan rawatan tradisional.

BACA: Pengamal Perubatan Dituduh Cabul Perempuan 15 Tahun Ketika Lakukan Rawatan

Terbaru, Harian Metro melaporkan keempat-empat tertuduh yang juga merupakan pengamal perubatan tradisonal mengaku tidak bersalah di atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas seorang lelaki 5 Ogos lalu.

pukul
Sekadar gambar hiasan

Tertuduh iaitu Mohd Shamsul Izwan Midin, Idrees Ishak, Muhammad Firdaus Mohd Adnan dan Mohd Eric Mohd Ramli membuat pengakuan tidak bersalah itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Izdham Naim Che Ani di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini.

Bagi kesalahan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah hari ini menetapkan sebutan semula kes pada 4 Oktober depan dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 seorang dengan seorang penjamin.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas