Connect with us

Oh! Media

Tuduhan Keatas IWK Sebagai Sumber Pencemaran Rawatan Air Selangor Adalah Tidak Benar Sama Sekali

Trending

Tuduhan Keatas IWK Sebagai Sumber Pencemaran Rawatan Air Selangor Adalah Tidak Benar Sama Sekali

Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd menafikan bahawa syarikat mereka telah mencemarkan loji rawatan air di Selangor yang berlaku baru-baru ini. Sebenarnya Loji Rawatan Kumbahan tersebut telah di sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kerana membuang sampah-sampah haram di sana. Apalah masalah diorang ni? Menyusahkan betul!

ADVERTISEMENT

Sejak Khamis lalu, pelepasan efluen IWK dihentikan kerana mereka telah mengesan perlakuan kotor itu di dalam sistem pembentungan dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam.

Jadi, IWK perlu menahan aliran selama beberapa hari sebelum ianya masuk ke kilang dan memberi impak yang tidak baik kepada alam sekitar. Perkara ini dibuat bagi menghindari tumpahan yang berlaku itu masuk ke saluran air. 

Bukan tu jer, IWK juga perlu melakukan rawatan lanjut untuk meneutralkan proses tersebut sekaligus terpaksa merawat air buangan yang masuk. Dah jadi satu kerja pula!

Sepertimana yang kita tahu, sebelum ini Hee Loy Sian selaku Ahli Majlis Eksekutif Selangor (EXCO) mengatakan bahawa sumber kes pencemaran ke kilang rawatan air, Air Selangor adalah berpunca daripada kilang IWK di Taman Velox, Rawang.

Walaubagaimanapun, pihak IWK telahpun membuat laporan polis mengenai masalah ini dan kes ini sedang disiasat pihak berkuasa bagi memastikan siapakah dalang disebalik apa yang telah berlaku. Narendran juga menasihatkan semua pihak untuk menghentikan tuduhan terhadap mereka.

Diharapkan pihak tidak bertanggungjawab yang membuat perkata kotor ini dapat ditangkap dan mendapat balasan yang setimpal.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas