Connect with us

Oh! Media

Trump Tegaskan Akan Beri Vaksin Kepada Rakyat Beberapa Minggu Lagi

COVID-19

Trump Tegaskan Akan Beri Vaksin Kepada Rakyat Beberapa Minggu Lagi

Presiden Amerika yang dilihat tidak gentar langsung dengan wabak Covid-19 sejak dari awal telah menyatakan dia akan memberikan vaksin bagi menangani wabak ini kepada rakyat AS dalam masa beberapa minggu lagi.

Vaksin itu akan diagihkan kepada petugas barisan hadapan, orang tua dan rakyat AS berisiko tinggi dalam masa beberapa minggu. – Katanya di Rumah Putih.

Vaksin yang digelar Pfizer dan BioNTech itu dikatakan telah diuji berkesan sehingga 90 peratus dalam percubaan setakat ini.

Trump pada masa ini dilihat kerap menyuarakan soal perubatan rakyat selepas hanya mempunyai kuasa sebagai presiden AS dalam beberapa minggu lagi. Trump pada ketika ini jauh ketinggalan di belakang pesainganya Joe Biden.

Setakat hari ini, wabak bahaya ini telah menyerang seluruh dunia dan menjangkiti hampir 53 juta individu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

To Top