Connect with us

Oh! Media

Trump Berdegil Tak Sanggup Keluar Dari Rumah Putih?

Oh! Politik

Trump Berdegil Tak Sanggup Keluar Dari Rumah Putih?

Nampaknya bekas Presiden Donald Trump yang tewas kepada Joe Biden masih tak dapat menerima hakikat selepas tak mahu keluar dari Rumah Putih walaupun sudah seminggu ia berlalu.

Tak cukup dengan itu, Trump ada menaikkan Twitter yang menyatakan secara terbuka dia tidak mengakui kekalahannya dan menafikan kemenangan Biden.

Ini menyukarkan proses peralihan kuasa selepas Trump turut menuduh Biden mencuri kemenangannya.

Berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Barack Obama sebelum ini yang pergi menjemput Trump untuk ke Rumah Putih. Trump nak buat macam tu? Jangan harap lah!

Dia harus ‘pergi’ dan mengaku kalah, saya hanya mahu semua ini selesai, yang lain saya tak peduli,” katanya. Ivana juga berkata, karier politik bekas suaminya itu sudah berakhir. Saya tidak fikir dia mempunyai pilihan, dia boleh ke Palm Beach dan bermain golf serta menjalani kehidupan normal.

Ini pilihan terbaik untuk apa yang boleh dilakukannya. Dia benci kalah, dia mempunyai banyak wang, banyak tempat untuk pergi dan tinggal serta menikmati hidupnya. – Kata bekas isteri pertama Trump, Ivana.

Susah bila wujud orang keras kepala dan merasakan dia boleh buat apa sahaja dengan duit yang banyak. Akui je lah anda dah tewas dan ikut cakap bekas isteri tu, pergi main golf. Kah!

Apapun, kemenangan mutlak Joe Biden belum lagi diputuskan dan Donald Trump masih lagi berkuasa untuk beberapa minggu. Kita nantikan keputusan rasmi nanti.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Politik

Trending

ITTIFY

To Top