Connect with us

Oh! Media

Trak Polis Bawa Banduan Terbakar, Ini Sebabnya..

Trending

Trak Polis Bawa Banduan Terbakar, Ini Sebabnya..

Seorang wanita terkejut melihat sebuah trak polis yang berhenti di depan kedai sambil api yang sedang marak di bahagian bawak trak. Apa kes ni? Kejadian dikatakan berlaku pada pukul 9 pagi tadi di Kampung Demit, Kota Bharu.

ADVERTISEMENT

Saksi terus berlari ke arah trak untuk memberitahu pemandu bahawa ada api yang sedang marak. Kemudiannya, saksi mendapati terdapat seorang lelaki sudah terbaring kaku di atas jalan. 

Rupanya trak yang sedang membawa banduan itu bertembung dengan motosikal yang dipercayai dibawa oleh lelaki yang sudah terbaring itu. 

Menurut laporan Harian Metro, selepas saksi menjerit memberitahu perkara itu, anggota polis yang berada dalam trak terus keluar dan mengatahkan banduan yang berada di bahagian belakanh untuk turun dari kenderaan disebabkan api yang sedang marak.

Saya melihat sekujur tubuh lelaki terbaring kaku di tengah jalan dan baru menyedari kebakaran pada trak kerana motosikal mangsa yang bertembung dan terheret di bawah lori itu.

Kejadian berlaku terlalu pantas, saya hanya mampu melihat anggota bertindak membawa keluar semua banduan, dengan api yang semakin marak.

Mangsa walaubagaimanapun telah meninggal dunia di tempat kejadian dan perkara ini disahkan sendiri oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat. 

Hasil siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal dari arah Kubang Kerian ke Kampung Demit, melanggar belakang kereta jenis Proton Saga, sebelum masuk ke jalan bertentangan dan bertembung trak polis.

Mangsa mengalami kecederaan parah digilis trak berkenaan selain motosikal jenis Yamah LC ditunggangnya juga terperosok bawah trak menyebabkan berlaku kebakaran.

Trak ini dalam perjalanan membawa banduan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan ke penjara Kuala Krai.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas