Connect with us

Oh! Media

“Tragedi Batang Kali: Bukan Sahaja Pemilik, Kerajaan Negeri Juga Perlu Bertanggungjawab” – Pakar Geologi 

Trending

“Tragedi Batang Kali: Bukan Sahaja Pemilik, Kerajaan Negeri Juga Perlu Bertanggungjawab” – Pakar Geologi 

Tragedi tanah runtuh yang berlaku di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali pada 16 Disember yang lalu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 31 nyawa.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kawasan Tanah Runtuh Adalah Milik Tanah Kerajaan” – Pemilik Father’s Farm Mohon Maaf, Sedia Bertanggungjawab

Namun, siapakah sebenarnya pihak yang perlu bertanggungjawab terhadap tragedi hitam yang melanda negara kita ini? Adakah tanggungjawab itu diserahkan sepenuhnya kepada pemilik tapak perkhemahan atau bagaimana?

Bukan sahaja pemilik, kerajaan negeri juga perlu bertanggungjawab

Memetik laporan Berita Harian, Pakar Geologi Kejuruteraan dan Mekanik Tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Nor Shahidah Mohd Nazer memaklumkan bahawa selain pemilik tanah Father’s Organic Farm, kerajaan negeri juga perlu bertanggungjawab terhadap tragedi tanah runtuh ini.

Kerajaan negeri seharusnya mengambil tanggungjawab yang berlaku dalam kawasan pentadbirannya itu.

Kerana pada hakikatnya, kawasan bercerun yang juga diklasifikasikan sebagai kawasan sensitif alam sekitar paling banyak taburannya adalah di Selangor, berbanding di negeri lain di negara ini.

Jadi kerajaan negeri sepatutnya sedar potensi kejadian tanah runtuh yang akan berlaku apabila tibanya musim hujan seterusnya perlu bertindak lebih proaktif dan langkah susulan.

Antaranya dengan mengadakan langkah ketat ke atas semua aktiviti yang dilakukan manusia di kawasan tanah tinggi dan berisiko bagi membendung isu kegiatan haram yang mungkin memberi kesan langsung ke atas keselamatan alam sekitar.

Dalam pada itu, Pegawai Lapangan Sahabat Alam Sekitar (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman juga mempunyai pendapat yang sama dengan mengatakan bahawa bencana yang berlaku itu disebabkan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak.

Tambah Meor Razak, perkara itu dapat dielakkan sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam menjalankan amanah yang diberikan.

Ia boleh dielakkan jika segala syarat dipatuhi serta pemantauan oleh pihak berkuasa diadakan dengan lebih kerap terutamanya di kawasan yang dikesan sebagai sensitif.

Sebagaimana kita sedia maklum kawasan itu adalah tanah milik syarikat atau individu yang melaksanakan pertanian tanaman organik, jadi pemiliknya perlu mematuhi syarat nyata pemilikan tanah berkenaan.

Bila syarat nyata itu ditulis untuk pertanian, maknanya ia khusus untuk pertanian dan tidak boleh dibangunkan chalet, hotel, resort mahupun tapak perkhemahan secara komersial. Di sini kita nampak yang pemilik tanah tidak mematuhi apa yang sudah ditetapkan dalam syarat nyata pemilikan tanah berkenaan.

Untuk info, kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali itu membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban, selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan.

Salam takziah dari kami Oh! Media buat keluarga yang terlibat.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas