Connect with us

Oh! Media

Tok Kadi Terlupa Hari Nikahkan Pengantin, Sempat Pergi Kebun

Trending

Tok Kadi Terlupa Hari Nikahkan Pengantin, Sempat Pergi Kebun

Hari perkahwinan adalah salah satu fasa dalam mendirikan rumah tangga dan semestinya menjadi saat yang ditunggu-tunggu oleh setiap individu.

ADVERTISEMENT

BACA: Tok Kadi Bangladesh Tawar Service Nikah Ekpress!

Lebih-lebih lagi semasa hari diijab kabulkan. Pada saat itulah pengantin lelaki mula menunjukkan emosi takut bagi menghadapi situasi tersebut.

Apabila hari perkahwinan hampir tiba, kedua-dua pasangan pengantin akan memastikan persiapan yang mereka buat akan lengkap bagi mengelakkan masalah berlaku.

Namun, cuba korang bayangkan jika kedua pengantin dah buat persiapan, tapi tok kadi pula boleh melakukan kesilapan.

Tok Kadi terlupa hari perkahwinan

Kejadian sama turut berlaku apabila terdapat seorang individu yang betugas sebagai tok kadi telah terlupa hari perkahwinan yang perlu dinikahnya itu.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi TikTok bernama @nikafiq_official memaparkan kejadian tular melibatkan seorang Tok Kadi yang merupakan seorang imam.

Menerusi video itu, hari perkahwinan mereka telah berlangsung semalam dan ia akan menjadi momen terindah apabila individu itu terlupa akan hari istimewa itu dan sempat turun ke ladang untuk berkebun.

Difahamkan, mereka sedang dalam perjalanan ke majlis tersebut sebelum bertembung dengan kereta tok imam yang dikatakan baru hendak masuk ke kebunnya.

Berhubung dengan itu, mereka lantas menegur tok imam tersebut menyebabkan dia terpaksa berpatah balik untuk melakukan persiapan.

Tok imam terlupa hari ini nak khawin. Tok imam siap-siap nak masuk ladang dah. Kena pusing balik. Kalau tak, tak nikahlah aku hari ini.

https://www.tiktok.com/@nikafiq_official/video/7011063384024075546?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6993220371899008514
Link TikTok

Netizen beri pelbagai reaksi

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan kejadian itu selain turut berkongsikan pengalaman sama yang berlaku kepada mereka.

Setakat ini, video yang dikongsikan itu telah mencapai lebih daripada 320,900 jumlah tontonan serta mendapat 20,600 tanda suka.

Kredit: TikTok @nikafiq_official

+Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas