Connect with us

Oh! Media

Tiru Teknik Luruskan Rambut Di Youtube, Kanak-Kanak Melecur Satu Badan

Oh! Tidak

Tiru Teknik Luruskan Rambut Di Youtube, Kanak-Kanak Melecur Satu Badan

Rasa ingin cantik memang tidak akan lari dalam diri seorang wanita tidak kira peringkat umur kerana sudah menjadi lumrah kaum hawa tertarik dengan ilmu kecantikan mengikut citarasa masing-masing. Namun, ada kalanya cara-cara untuk mempercantik diri perlu memiliki kemahiran tersendiri, jika tidak perlu dibimbing oleh orang yang mahir.

ADVERTISEMENT

Macam yang berlaku di India, seorang kanak-kanak berumur 12 tahun maut akibat melecur ketika cuba meluruskan rambutnya, lapor Tribun News.

Mangsa sempat dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi akhirnya meninggal dunia. Menurut sumber, siasatan mendapati kejadian berpunca daripada mangsa menuang minyak tanah pada rambutnya sebelum menyalakan api.

Namun, kanak-kanak malang itu kurang bernasib baik apabila api itu tidak dapat dikawal dan menyebabkan dirinya terbakar.

Mangsa dipercayai cuba meniru teknik meluruskan rambut selepas menonton video pendandan rambut di YouTube

Mangsa bergerak ke tandas untuk meniru aksi tersebut namun percubaannya itu gagal malah api mula menyambar tubuhnya.

Hasil pemeriksaan doktor, mangsa meninggal dunia akibat melecur teruk. Untuk pengetahuan, teknik meluruskan rambut dengan cara sedemikian popular dalam kalangan pendandan rambut di Eropah.

Walau bagaimanapun, jika seseorang individu ingin mencuba teknik seperti ini, seeloknya perlu bimbingan daripada pendandan profesional.

Kredit : Tribun News

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis di Oh! Media. Berkongsi mengenai isu viral dan info terkini

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top