Connect with us

Oh! Media

Tidak Dedahkan Nama Syarikat Edar Daging Haram Kerana Mereka Juga Mangsa?

Oh! Tidak

Tidak Dedahkan Nama Syarikat Edar Daging Haram Kerana Mereka Juga Mangsa?

Macam tak percaya isu daging haram di negara kita boleh berlaku di mana selama ini rakyat Malaysia beragama Islam telah dihidangkan dengan daging ini.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, hari ini sebuah syarikat yang didapati terlibat dalam pemalsuan logo halal dan mengedarkan daging haram selama ini akan didakwa di mahkamah hari ini.

Perkara ini dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggua, Datuk Rosol Wahid dengan menegaskan kerajaan tidak cuba melindungi pihak dan syarikat terlibat.

Bukan kita tidak mahu mendedahkan syarikat yang terlibat, namun masalahnya perkara ini dilakukan oleh sebuah syarikat pengumpul daging, yang kemudiannya menggunakan logo syarikat lain (mangsa) yang terkenal dan mempunyai permintaan tinggi untuk memasarkan produk itu.

Kalau kita mendedahkan nama syarikat yang jadi mangsa itu, ia akan mencalarkan imej syarikat berkenaan sedangkan itu bukan salah mereka. – Katanya.

Selain itu, Rosol juga menafikan dakwaan sesetengah pihak yang isu ini telah berlaku hampir 40 tahun lalu.

Tidak benar perkara ini telah berlaku hampir 40 tahun, sebab siasatan kementerian mendapati, syarikat terlibat baharu mendaftar pada 2014 dan memperoleh lesen untuk mengimport produk sejuk beku pada 2017.

Pada masa yang sama ujian Jabatan Kimia terhadap sampel daging beku yang diambil daripada gudang simpanan itu mengesahkan, ia bukan daging kuda, kangaroo serta babi, dan ini memberikan kelegaan kepada kita. – Katanya lagi.

Diharapkan kes ini dapat diselesaikan segera dan ia tidak sepatutnya berlaku. Apatah lagi ia melibatkan makanan yang akan menjadi darah daging.

Kredit: BERNAMA

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Teruskan membaco..

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top